Kategori Anwar SesumpahUtama

Tegur Anwar : Ketua Dewan Ulama PasTempah Bala?

KUALA LUMPUR 2 Feb – Ketua Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Harun Taib disaran berhati-hati dan mungkin akan menerima nasib sepertimana bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang disingkirkan secara “hina” oleh kepimpinan Pas setelah membuat teguran kepada Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Naib Ketua Pemuda PKR,  Zahid Mat Arip berkata kenyataan Harun yang dilihat bertentangan dengan “Ketua parasit” di dalam Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bakal mengundang padah kelak.

Menurut beliau bukankah Hasan Ali dipecat setelah kelantangannya mengkritik Anwar dan mendedahkan parasit yang telah menguasai pimpinan Pas dan Ketua Dewan Ulama perlu mengambil langkah berjaga-jaga.

“Saya gambarkan Nik Aziz sebagai “ketua parasit” memandangkan beliau sekian lama membela Datuk Seri Anwar. Apa sahaja yang Anwar buat Mursyidul Am Pas akan pertahankan. Paling tidak pun mengelakkan diri.

“Dan bukankah parasit-parasit ini bertunjangkan Anwar Ibrahim dan tidak salah saya gambarkan  Nik Aziz sebagai ketua parasit dan bukannya Mursyidul Am Pas. Sebab itulah di atas tadi saya sebutkan kenyataan Harun Taib itu bertentangan dengan “ketua parasit”, katanya kepada UMNO-Online di sini.

Dewan Ulama Pas hari ini tidak bersetuju dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel dalam temu bual dengan The Wall Street Journal.

Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, tidak sepatutnya isu keselamatan Israel ditimbulkan kerana keutamaan pada masa ini adalah kepentingan serta hak rakyat Palestin yang wajar dikembalikan.

Beliau berkata, masyarakat Palestin telah lama tertindas di tanah air sendiri, oleh itu setiap rakyat negara ini perlu menyokong penuh perjuangan mereka.

”Saya tidak bersetuju dengan dia (Anwar) kerana mendahulukan soal keselamatan Israel. Isunya sekarang ialah penderitaan rakyat Palestin. Jika dia (Anwar) mendahulukan soal Palestin pasti saya bersetuju.

”Dalam konteks perjuangan rakyat Palestin, kita wajib menyokongnya dengan harapan rakyat Palestin akhirnya dapat hidup di tanah air mereka sendiri dengan aman,” katanya

Zahid seterusnya menegaskan parasit-parasit  Pas akan memusnahkan parti itu sedikit demi sedikit dan sekaligus bakal membawa kepada kehancuran kelak.

“Ini kerana mereka dibela dan dijaga dengan baik oleh Nik Aziz. Tunggulah dan rakyat khususnya penyokong mereka perlu sedar akan hakikat ini. Saya tidak mahu ulas lanjut kerana ini adalah masalah dalaman parti mereka. Tengok daripada jauh bolehlah….,” katanya. -MediaUMNO

 



Berita Bertarikh 2 February 2012 6:29 pm






UTAMA PENAFIAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2000-2014 UMNO MALAYSIA

[ Log in ]
Google+

PageRank Checker