Kategori Berita Lain

Kerajaan Negeri Diminta Beri Kerjasama Baik Kepada LHDN Untuk Bantuan BR1M

IPOH, 24 Dis – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini dalam proses mengumpul data pemohon yang layak bagi menerima skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Sehubungan itu beliau meminta supaya kerajaan negeri memberi kerjasama dan bantuan kepada petugas LHDN bagi memastikan proses pendaftaran berjalan lancar.

“Pada masa ini, kesemua petugas dan sukarelawan LDHN sedang giat memberi tumpuan di kawasan pedalaman terutama di Sabah dan Sarawak bagi memastikan setiap isi rumah yang layak menerima bantuan itu didaftarkan sebelum tamat tempoh.

“Jangkamasa yang diberikan kini kurang dari sebulan dan dengan itu kita memerlukan maklumat yang lebih tepat mengenai kawasan yang berpenghuni bagi memudahkan pendaftaran,” katanya kepada pemberita.

Ahmad Husni berkata proses pendaftaran BR1M berjalan lancar dan sejak dilancarkan dua minggu lalu, LHDN telah menerima lebih 2.4 juta borang permohonan di seluruh negara.

Katanya jumlah itu dijangka meningkat sebelum tamat tempoh yang ditetapkan iaitu pada 10 Jan tahun depan.

Beliau juga menjelaskan kesemua 304,000 penduduk yang tersenarai dalam daftar e-Kasih akan menerima bantuan secara automatik.



Berita Bertarikh 24 December 2011 3:27 pm






UTAMA PENAFIAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2000-2014 UMNO MALAYSIA

[ Log in ]
Google+

PageRank Checker