Kategori Dari Parlimen

Kerajaan Cadang Pinda Akta Undang-undang Sivil 1956

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Kerajaan bercadang untuk meminda Akta Undang-Undang Sivil 1956 (Akta 67) bagi meningkatkan jumlah pampasan untukkecederaan dan kematian.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai berkata cadangan itu akan dibawa kepada Kabinet untuk dibincangkan.

Beliau berkata setakat ini kementerian telah mengadakan perundingan bersama dengan pihak pengguna dan syarikat insuran iaitu melibatkan aspek pengendalian dan penjelasan berhubung skim premium sedia ada.

“Kementerian memang bercadang untuk menaikkan skim premium iaitu pampasan yang mengambil kira kecederaan dan kematian yang dihadapi pengguna.

“Oleh itu kita berharap perkara ini dapat diselesaikan sebelum tahun 2016,” katanya semasa menjawap soalan Manogaran Marimuthu (Teluk Intan-DAP) di persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Anggota Parlimen Teluk Intan itu ingin tahu adakah kerajaan setuju untuk meminda Akta Undang-Undang Sivil 1956 (Akta 67) yang mengambil kira dan meningkatkan ‘award’ untuk kecederaan dan kematian.

Katanya kerajaan sentiasa peka terhadap isu ini malah kementerian akan bekerjasama dan berbincang dengan Majlis PeguamMalaysiasupaya jumlah pampasan dapat ditingkatkan.






UTAMA PENAFIAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2000-2014 UMNO MALAYSIA

[ Log in ]


PageRank Checker