Kategori Berita Pilihan Hujah Ketua Penerangan

Guan Eng Dicabar Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Sultan Johor

PERMATANG PAUH, 2 Okt – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng  untuk menghadap Sultan Johor untuk memohon maaf secara berdepan berhubung dakwaan buruk terhadap negeri Johor yang dibuatnya baru-baru ini.

“Jika Lim Guan Eng tidak sanggup membuatnya, ini membuktikan bahawa permohonan maafnya tidak ikhlas, masih membuat kenyataan penafian di sebalik kenyataan permohonan maafnya sedangkan secara bertulis, secara rakaman terutama di Singapura itu jelas menunjukkan bahawa beliau telah menyatakan bahawa orang Singapura tidak selamat di Johor, kemungkinan diculik dan sebagainya,” ujar beliau selepas Majlis Penerangan Perdana di UiTM Permatang Pauh di sini, hari ini.

Justeru, beliau selaku anak Johor mencabar Lim Guan Eng untuk memohon maaf secara bersemuka dengan Sultan Johor atas kenyataan biadapnya yang melukakan hati Sultan Johor dan rakyat Johor keseluruhannya.

“Sebagai Ketua Menteri, beliau sebenarnya tidak perlu berbuat demikian untuk menaikkan pelaburan di negeri Pulau Pinang.

“Pulau Pinang tidak pernah mengucapkan terima kasih kepada Maida, MITI, MATRADE yang jauh lebih besar jasanya membawa pelaburan ke sini berbanding usaha beliau sendiri”, katanya.

Dalam masa yang sama, Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon menyifatkan Lim Guan Eng tidak jujur dalam permohonan maafnya kepada Sultan Johor dan rakyat Johor kerana beliau masih terus menyalahkan media yang didakwa di bawah kawalan BN seolah-olah memutar belitkan kata-kata dan kenyataan yang dibuatnya sendiri. -MediaUMNO



Berita Bertarikh 2 October 2011 7:14 pm






UTAMA PENAFIAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2000-2014 UMNO MALAYSIA

[ Log in ]
Google+

PageRank Checker