Kategori Dari Bahagian

Jangan Tunggu Jalur Gemilang Percuma

KUALA LIPIS, 31 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Abdul Rahman Mohamad melahirkan rasa kesal terhadap sesetengah warga negara yang terlalu berkira untuk membeli jalur gemilang walaupun harganya murah.

Katanya, sikap hanya menunggu pemberian jalur gemilang secara percuma bagi memeriahkan sambutan hari kemerdekaan harus dikikis oleh semua warganegara yang bertanggungjawab.

“Kita tidak harus lokek untuk membeli jalur gemilang jika kita faham dan menghayati erti nilai patriotisme. Sebagai rakyat negara ini, setiap masyarakat harus menghayati bulan kemerdekaan dan perjuangan orang terdahulu dalam menuntut kemerdekaan.

“Kita harus berasa bangga mengibarkan jalur gemilang dan jangan hanya menunggu pemberian percuma,” ujarnya.

Menurut Abdul Rahman, sekiranya kita mampu berbelanja mewah untuk membeli persiapan hari raya atau barangan lain, mengapa kita tidak mampu untuk membeli jalur gemilang yang tidak sampai RM10.

Beliau menyeru kepada semua warganegara Malaysia agar lebih bersikap patriotik dalam mengibarkan jalur gemilang.

“Tahun ini sambutan kemerdekaan amat bermakna kerana kita menyambutnya dalam bulan Syawal.

‘Kedua-dua perayaan ini amat bermakna. Maka oleh itu kita perlu lebih menghayati dan mengambil keberkatan di bulan baik ini untukcmenghayati erti kemerdekaan,” ujarnya lagi.

Sambutan kemerdekaan ke 54 ini harus menjadikan setiap rakyat negara lebih mencintai negara ini yang aman dan tenteram. MediaUMNO


Berita Bertarikh Pada 31 August 2011 2:38 PM






UTAMA PENAFIAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2000-2014 UMNO MALAYSIA

[ Log in ]


PageRank Checker