Kategori Utama

Kerajaan Pas Kedah Berwala’ Kepada Taghut

KUALA LUMPUR 20 Julai – Itulah jadinya jika pemerintah yang berwala’ kepada “taghut” akan melahirkan sebuah pentadbiran yang was-was gara-gara hasutan daripada “syaitan”.

Kata-kata berkenaan terpancul daripada bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof Madya Mohd Noor Deris berhubung sikap tarik tali kerajaan negeri Kedah terhadap larangan  13  jenis pusat hiburan beroperasi sepanjang Ramadhan.

Menurut beliau tidak pelik dan tidak janggal hari ini pendirian Pas seolah-olah umpama lalang yang  diterbangkan mengikut angin, berbanding sekutunya DAP yang konsisten dan berpegang teguh kepada prinsip perjuangan mereka daripada dulu hingga sekarang.

“Kalau nak katakan perjuangan Pas mengikut keadaan…….Ya betul tetapi berubahnya perjuangan itu adalah lebih menjurus kepada kepentingan politik dan mencapai kejayaan di dalam pilihan raya semata-mata.

“Perubahan yang mereka buat bukannya untuk memartabatkan Islam tetapi lebih menyedihkan Islam dipandang serong dan seolah-olah menjadi bahan kempen dalam politik demi mencapai impian ke Putrajaya bersama rakan Ahzabnya yang lain,” katanya kepada UMNO-Online.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 dilaksanakan sepenuhnya pada bulan Ramadhan tahun ini.

Sejurus itu kata dua dibuat pimpinan DAP termasuk Karpal Singh supaya Pas khususnya kerajaan negeri Kedah menarik balik larangan berkenaan.

Prof Madya Mohd Noor seterusnya menambah, itulah ciri-ciri ulama Ahzab Malaysia yang tunduk dan takut kepada musuh Islam dan hanya berani dan lantang sesama Islam semata-mata.

Tegas beliau perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan amat jelas prinsip DAP lebih konsisten berbanding Pas yang setia menjadi budak suruhan dan sekadar “rubber stamp” di dalam struktur pemerintahan.

“Kuasa hanya pada nama namun keadaan adalah sebaliknya. Cukup memalukan dan untuk menutup keadaan itu boleh pulak mereka pusing kononnya perbincangan yang melahirkan persetujuan menang-menang di dalam keputusan berkenaan.

“Ingatlah kata pepatah,….bangkai gajah kalau ditutup dengan nyiru, lama-kelamaan akan berbau jua. Mungkin mereka lupa tu,” katanya. -MediaUMNO

 






UTAMA PENAFIAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2000-2014 UMNO MALAYSIA

[ Log in ]


PageRank Checker