Kategori Sana Sini

Tuduhan Kafir, Gelaran Keji… Pas Perlu Minta Maaf Kepada UMNO

KUANTAN, 9 Jun – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Pas yang selama ini memperjuangkan dasar menegakkan Islam sebelum menggantikannya dengan pendekatan negara berkebajikan, perlu meminta maaf kepada UMNO kerana melemparkan pelbagai tuduhan terhadap parti itu.

Tegasnya  pemimpin Pas sebelum ini lantang menuduh UMNO dengan pelbagai gelaran, termasuk melabelkan parti itu sebagai kafir kerana tidak memperjuangkan negara Islam.

“Mereka menuduh UMNO  tidak betul tetapi baru-baru ini mengubah dan menyatakan perjuangan itu tidak ada dalam al-Quran dan yang ada ialah negara berkebajikan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Festival Usahawan Muda dan Jom Cari Kerja Kolej Komuniti Wilayah Timur di Kolej Komuniti Kuantan di sini hari ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang  ketika berucap pada Muktamar Tahunan Pas ke-57 minggu lepas berkata Pas memberi tumpuan kepada negara berkebajikan kerana ia mempunyai kesamaan dengan apa yang diperjuangkan rakan komponen pakatan itu serta menyifatkan negara Islam tidak disebut dalamal-Quran.

Ditanya sama ada Pas perlu meminta maaf secara terbuka kepada UMNO, Mohamed Khaled berkata itu terpulang kepada parti berkenaan.

 



Berita Bertarikh 9 June 2011 5:20 pm






UTAMA PENAFIAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2000-2014 UMNO MALAYSIA

[ Log in ]
Google+

PageRank Checker