Kategori Utama

“Penyembah” Anwar Atur Kedudukan Dalam Pas Tidak Mengejutkan – Fairus


KUALA LUMPUR 21 April – Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin tidak menolak desas-desus yang menyebut terdapatnya usaha oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang mengatur “saudagar-saudara mimpinya” yang lain untuk berada  di dalam kepimpinan Pas menjelangnya muktamar agung parti itu Jun ini.

Beliau yang merupakan bekas orang kepercayaan  Anwar seterusnya meminta kepimpinan Pas perlu melakukan sesuatu untuk menghalang anasir yang boleh merosakkan parti itu demi kelangsungan perjuangan parti yang kononnya melaung-laungkan perjuangan Islam.

“Saya sedikit pun tidak terkejut dengan perkembangan itu kerana saya lebih mengenali Anwar…Beliau adalah makhluk yang akan menggunakan apa jua taktik untuk memastikan ‘orang-orangnya”  berada di dalam Pas.

“Tambahan pula dengan kedudukannya yang dikatakan menjadi liabiliti kepada pakatan pembangkang, sudah pasti Anwar mahukan mereka yang boleh mengawal  Pas daripada dalaman untuk memastikan beliau terus berada di puncak kekuasaan di dalam rakan-rakan pembangkang.

“Anwar  mungkin sedar dan bimbang rakan-rakan sekutunya akan menolak kepimpinan beliau sebagai peneraju disebabkan  oleh liabiliti tadi. Sebab itulah saya tidak terkejut dengan desas-desus berkenaan. Cuma saya berharap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil langkah susulan untuk menyekat kemaraan golongan saudagar mimpi Anwar ibrahim itu,” katanya kepada UMNO-Online.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas desas-desus yang kini berlegar bahawa Anwar sedang mengatur orang-orangnya untuk berada di dalam saf kepimpinan Pas menjelang muktamar agung parti tersebut Jun nanti.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kulim, Zulkifli Noordin mendedahkan golongan ‘Anwarinas’ yang ‘menyembah’ dan bertuankan Anwar Ibrahim terus merosakkan perjuangan asal Pas apabila bertanggungjawab mempengaruhi dan memanipulasi rakan-rakan di dalam Pas untuk lebih liberal.

Katanya pengaruh dan peranan licik golongan ‘Anwarinas’ itu menyebabkan Pas sanggup bersikap liberal ‘menghalalkan’ lesen arak dan kegiatan judi dengan membuat Pas bersikap membisu

Kata beliau lagi, agenda golongan ini di dalam Pas begitu berkesan sehingga pemimpin Pas mengorbankan perjuangan Islam untuk menjayakan pakatan pembangkang.

Khairuddin seterusnya menegaskan, jika Pas parti yang bermaruah, mereka tidak boleh membiarkan anasir berkenaan daripada menghancurkan parti tersebut.

Katanya sampai bila Pas harus menuruti kehendak Anwar dan menjadi pengikut yang setia di dalam pakatan pembangkang  dan bukannya berpaksikan kepada teras perjuangan sendiri.

“Jadilah parti yang bermaruah..saya tahu kepimpinan Pas menyedari perkara ini. Namun mungkin disebabkan tersepit antara kuasa dan perjuangan, mereka mendiamkan diri.  Janganlah terlambat kerana risikonya cukup besar,” katanya. -MediaUMNO

 


Berita Bertarikh Pada 21 April 2011 4:56 PM






UTAMA PENAFIAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2000-2014 UMNO MALAYSIA

[ Log in ]
Google+

PageRank Checker