Kategori Berita Pilihan

Pendaftaran Keahlian UMNO Secara Online Dapat Sambutan

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Pendaftaran keahlian UMNO secara online yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 29 Januari lalu mendapat sambutan amat menggalakkan terutama dari golongan muda di bawah usia 30 tahun dan profesional.

Sehingga 25 Februari, dilaporkan bahawa jumlah permohonan yang diterima adalah 8,193.

Setiap permohonan yang diterima akan dimasukkan ke dalam cawangan PWTC sementara proses semakan dibuat bersama pihak cawangan dan bahagian terbabit.

Sekiranya permohonan tersebut tidak mempunyai sebarang masalah, maka ia akan diproses seperti yang telah ditetapkan.

*Sila Klik Daftar Ahli Baru UMNO Di Sini.


Berita Bertarikh Pada 26 February 2009 12:50 AM