Kategori Anwar Sesumpah Suara Bloggers

SAH! Apprentis Saifuddin & Mentor Anwar Ibrahim Pembohong Besar!!

Saifuddin mendapat tamparan hebat apabila beliau telah berbohong besar apabila menuduh Tun Dr Mahathir Mohamad berbohong dalam memoir beliau bertajuk ‘A Doctor In The House’.

Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR menuduh bahawa Dr Mahathir tidak memberi peluang Anwar Ibrahim untuk bercakap semasa mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang membincangkan tentang salah laku Anwar Ibrahim pada 4 September 1998.

Saifuddin Nasution mendakwa bahawa peristiwa tahun 1998 itu ‘masih segar’ di dalam ingatan beliau kerana beliau sendiri mengiringi Anwar Ibrahim ke tingkat 38, Menara Datuk Onn, tempat berlangsungnya mesyuarat tersebut.

Yang memalukan ialah Saifuddin Nasution sebenarnya tidak berada di dalam mesyuarat MT tersebut kerana beliau bukan ahli MT dan jika beliau tidak berada di dalam mesyuarat tersebut, bagaimanakah beliau boleh mendakwa bahawa Anwar Ibrahim tidak diberi peluang untuk bercakap?

Jika dirujuk kepada ‘ingatan yang masih segar’ Saifuddin itu, beliau mungkin hanya ingat lif dan suasana diluar bilik mesyuarat itu sahaja!

Pembohongan besar Saifuddin Nasution itu sebenarnya secara tidak langsung telah menguatkan lagi penjelasan yang telah ditulis oleh Dr Mahathir di dalam memoir beliau.

Negarawan tersebut telah menerangkan proses mesyuarat yang membincangkan isu Anwar Ibrahim dan Anwar Ibrahim diberi peluang untuk bercakap dan mempertahankan diri beliau.

Manakala pemecatan Anwar Ibrahim adalah oleh persetujuan oleh ahli-ahli MT dan bukan Dr Mahathir sahaja.

Dan merujuk kepada sumber yang boleh dipercayai, soal pemecatan Anwar Ibrahim adalah satu perkara yang paling sukar dilakukan oleh Dr Mahathir kerana beliau sudah bernekad untuk melepaskan jawatan beliau.

Sumber juga mengatakan bahawa niat tersebut menyerlah tatkala Dr Mahathir bercuti panjang pada tahun 1997.

Ironinya, jika Saifuddin Nasution tidak berada di dalam bilik mesyuarat tersebut, kemungkinan besar, maklumat palsu yang diterima oleh beliau itu adalah daripada Anwar Ibrahim sendiri !

Dan jika benar, Anwar Ibrahim adalah individu yang juga telah berbohong besar dan menipu rakan-rakan politik beliau selama ini!

Kesihan kerana rakan sendiri ditipu bulat-bulat oleh Anwar Ibrahim! Sedarlah!

novandri.blogspot.com



Berita Bertarikh 11 March 2011 7:07 pm






UTAMA PENAFIAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2000-2014 UMNO MALAYSIA

[ Log in ]
Google+

PageRank Checker