Kategori PRK GalasUtama

Fail Pertuduhan Khalwat Dr Zulkifli Hilang?

GUA MUSANG, 31 Okt – Nampaknya status calon Pas, Dr Zulkifli Mohamed terus menjadi perbualan bukan sahaja di kalangan blogger malah masyarakat setempat.

Kisah beliau pernah ditangkap khalwat masih lagi menjadi misteri apatah lagi cerita mengenai perkahwinannya yang banyak menimbulkan tanda tanya.

Memang benar, isteri beliau sekarang adalah Zainab Binti Jalar.

Sebelum berkahwin dengan Dr Zulkifli, Zainab adalah ibu tunggal yang mempunyai seorang anak bernama Nuramni Qistina hasil perkahwinannya dengan seorang mualaf bernama Abdul Basir Abdullah.

Perkahwinan Dr Zulkifli dengan Zainab berlangsung dalam satu majlis kecil saja melibatkan keluarga terdekat.  Walaupun Dr Zulkifli adalah antara pemimpin tertinggi Pas di kawasan Gua Musang namun Dr Zulkifli memilih untuk mengadakan perkahwinan dengan hanya menjemput saudara terdekat sahaja.

Menurut beberapa blog hari ini mengatakan perkahwinan itu diadakan kerana menutup kes khalwat.Lebih menjadi persoalan benarkah Dr Zulkifli ditangkap khalwat kerana diperangkap sendiri rakan-rakan Pas?.  Ini kerana pada waktu itu Dr Zulkifli menawarkan diri untuk bertanding jawatan tertinggi dalam Pas kawasan.

Lebih menjadi persoalan benarkah Dr Zulkifli ditangkap khalwat kerana diperangkap sendiri rakan-rakan Pas?.  Ini kerana pada waktu itu Dr Zulkifli menawarkan diri untuk bertanding jawatan tertinggi dalam Pas kawasan.

Malah difahamkan Dr Zulkifli mengambil borang nikah di Mukim Ciku Satu tetapi bernikah di tempat lain.

Lebih mengejutkan ada blog mendedahkan terdapat satu kertas pertuduhan yang telah dibuat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) namun fail tersebut telah hilang kerana telah dihilangkan kakitangan JAHEIK yang telah ditawarkan RM70,000 oleh seorangan Tauke Balak.

Bukan untuk menyerang peribadi tetapi kepastian terhadap laporan-laporan blog berkenaan yang sebelum ini didakwa Pas sebagai melakukan fitnah.

Kebenaran tetap kebenaran.  Mungkin apa yang didedahkan beberapa laman blog tersebut bagi mempertahankan penulisan mereka bahawa mereka bukan membuat fitnah semata-mata.



Berita Bertarikh 31 October 2010 3:36 pm






UTAMA PENAFIAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2000-2014 UMNO MALAYSIA

[ Log in ]
Google+

PageRank Checker