Kategori Berita Lain

Keputusan MT Kukuhkan UMNO Rantau Panjang

KOTA BHARU 21 Julai – Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Abdullah Mat Yassin yakin keputusan Majlis Tertinggi (MT) meletakkan pentadbiran bahagian itu di bawah kelolaan Badan Perhubungan UMNO negeri dapat mengukuhkan kembali perpaduan di semua peringkat.

Sambil menyatakan keyakinannya terhadap kepemimpinan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Abdullah berkata, keputusan MT itu juga akan memantapkan usaha parti untuk mencapai kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

Malah katanya, beliau sendiri akan memberikan sokongan padu kepada usaha Badan Perhubungan UMNO negeri untuk mengukuhkan kembali bahagian tersebut.

“Saya tidak terkejut malah menyokong keputusan MT tersebut. Kita yakin di bawah teraju Badan Perhubungan UMNO negeri, UMNO Rantau Panjang akan kembali lebih baik selaras dengan usaha Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membawa parti mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

“Saya akur dengan keputusan MT itu kerana yakin MT tahu apa yang terbaik untuk UMNO Rantau Panjang dalam menuju kemenangan pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Beliau mengulas keputusan MT yang bersetuju supaya pentadbiran UMNO bahagian itu diambil alih oleh Badan Perhubungan UMNO Kelantan sehingga keadaan pulih. – Utusan/MediaUMNO



Berita Bertarikh 22 July 2010 8:42 am






UTAMA PENAFIAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2000-2014 UMNO MALAYSIA

[ Log in ]
Google+

PageRank Checker