Tak Perlu Layan Desakan Berundur, UMNO Mesti Fokus Untuk Kejayaan PRU15


KUALA TERENGGANU, 30 Jun – Ekoran pelbagai kemelut yang berlaku dalam politik sekarang ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak perlu melayan desakan berundur sebaliknya perlu memimpin parti untuk kejayaan lebih besar menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kelak.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu merangkap Ketua UMNO Bahagian Marang, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku menegaskan bahawa kedudukan Presiden UMNO mesti kerana pelbagai kejayaan telah dicipta parti di bawah kepimpinannya.

“UMNO Terengganu mengajak semua ahli dan penyokong parti mengiktiraf kejayaan parti di bawah pimpinan Ahmad Zahid termasuk kemenangan dalam pilihan raya kecil (PRK) yang mana tujuh PRK telah dimenangi serta pilihan raya negeri (PRN) di Melaka dan Johor, kejayaan mengambil alih Perak, kejayaan rakan BN di Sarawak (GPS) menang 76 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan paling besar ialah menaikkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri.”

Berikut kenyataan penuh berkaitan:

Kenyataan Media Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Terengganu

Kami kepimpinan UMNO Terengganu berdiri teguh di belakang Presiden UMNO Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam isu pengguguran Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Tajuddin Abdul Rahman daripada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO. Sebagaimana seorang mempunyai kuasa untuk melantik ahli MKT, beliau juga mengikut perundangan mempunyai kuasa untuk mengugurkan ahli yang telah dilantik itu berasaskan budibicara beliau sendiri.

1) PEMECATAN TAJUDDIN MKT UMNO

Presiden UMNO melalui surat yang ditandatangan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan bertarikh 21 Jun 2022 menamatkan pelantikan Datuk Seri Tajuddin sebagai ahli MKT UMNO.

Sebelum ini Tajuddin pernah dipecat daripada jawatan pengarah Pilihan Raya Umno serta Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad. Pemecatan dari sesemua jawatan di atas dipercayai berpunca daripada kenyataan beliau yang dilihat bercanggah dengan kepentingan organisasi berkenaan.

2) PENDEDAHAN BERANI MATI TAJUDDIN

Tajuddin pada satu sidang, mendesak Ahmad Zahid meletak jawatan secara terhormat kerana pada pandangan beliau tidak layak lagi untuk menerajui UMNO.
Beliau juga mendakwa, Ahmad Zahid telah mengetuai gerakan menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

3) PEMBELAAN DATO’ SERI NAZRI AZIZ

Dato’ Seri Mohamed Nazri Aziz mengesahkan dia pernah menandatangani surat akuan bersumpah (SD) bersama Zahid bagi menyokong Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri demi untuk menyelamatkan UMNO daripada dibubarkan kerajaan semasa dibawah dua Perdana Menteri sebelum ini.

4) KEJAYAAN ZAHID HAMIDI

Umno Terengganu selari dengan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dengan tegas mempertahankan kedudukan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden parti kerana pelbagai kejayaan dicipta parti di bawah kepimpinannya.

UMNO Terengganu mengajak semua Ahli dan penyokong parti mengiktiraf kejayaan parti dibawah pimpinan Ahmad Zahid termasuk kemenangan dalam PRK yang mana tujuh pilihan raya kecil telah dimenangi serta pilihan raya negeri (PRN) di Melaka dan Johor, kejayaan mengambil alih Perak, kejayaan rakan BN di Sarawak (GPS) menang 76 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan paling besar ialah menaikkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri.

5) KESIMPULAN

Presiden UMNO tidak perlu layan desakan berundur.

Terus memimpin parti untuk membawa kejayaan yang lebih besar serta kejayaan cemerlang dalam PRU15 yang bakal tiba.

DATO’ NIK DIR NIK WAN KU
Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu merangkap Ketua UMNO Bahagian Marang. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.