Kategori Utama

Barisan Kabinet Baru

parlimen2KUALA LUMPUR, 8 April – Peralihan tampuk kepimpinan teraju Negara telah pun berjalan dengan jayanya dimana Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak telah menggantikan Tun Abdullah Badawi dalam satu proses yang lancar dan tertib.

Namun demikian, semua pihak bukan sahaja penganalisis politik malahan rakyat keseluruhannya menantikan pula barisan kabinet yang akan menjadi pendukung kepada kepimpinan Datuk Seri Najib.

Semua pihak sedar bahawa dengan pelantikan Datuk Seri Najib sebagai Presiden UMNO pada 28 Mac dan seterusnya Perdana Menteri pada 3 April lalu akan membawa satu era baru untuk menyuburkan semula perjuangan yang longlai khususnya selepas Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

Sesungguhnya, kepimpinan yang sebenar sebagai tampuk Negara hanya akan lengkap sepenuhnya apabila selesainya pelantikan dan rombakan kabinet yang akan dibuat.

Lantaran itu, pelbagai pihak menantikan kata putus yang akan diumumkan oleh Datuk Sri Najib bagi mengisi barisan kepimpinan dengan perancangan untuk terus memperkukuh dan memperteguh parti.

Tidak kurang juga ada pihak yang mula membuat spekulasi berkaitan hal tersebut dengan menamakan Si Polan dan Si Polan serta kementerian itu dan ini untuk orang-orang tertentu.

Sedang pihak media pula terus-terusan memaparkan makluman berkaitan kunjungan ketua-ketua pemimpin parti komponan ke pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Sebelum ini wujud spekulasi bahawa Najib kemungkinan mengecilkan saiz Kabinet dengan beberapa kementerian mungkin digabungkan bagi memastikan keberkesanan pentadbiran baru.

Dalam hal ini, siapa pun yang akan dilantik membarisi Menteri Kabinet di bawah teraju Perdana Menteri, Datuk Sri Najib, pastinya kepimpinan yang ampuh dan teguh diharapkan untuk mengemudi kegemilangan negara di masa hadapan dalam merialisasikan hasrat Misi Nasional dan Wawasan 2020.

Kini terdapat seramai 32 anggota Kabinet dengan 27 kementerian dan hampir dua pertiga anggota Kabinet yang dilantik adalah daripada UMNO, parti komponen terbesar daripada gabungan 13 parti, kerajaan Barisan Nasional.

Antara pemimpin yang telah mengunjungi Perdana Menteri ialah Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat;Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu; Presiden PPP, Datuk M. Kavies dan Presiden Gerakan, Datuk Koh Soo Kun.



Berita Bertarikh 8 April 2009 5:37 pm






UTAMA PENAFIAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2000-2014 UMNO MALAYSIA

[ Log in ]
Google+

PageRank Checker