Rumusan Debat… Ulasan Menarik Azhari Soal ‘Sapura’ Dan ‘Forensik Audit’

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Ketua UMNO Shah Alam, Datuk Azhari Datuk Shaari mengulas dengan penuh menarik mengenai debat antara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang menyentuh pelbagai perkara.

Azhari mengulas panjang lebar mengenai topik Sapura yang memberi kefahaman secara jelas kepada masyarakat umum selain turut ‘menjentik’ Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan ‘forensic audit’.

Berikut ulasan penuh beliau:

Kesimpulan Debat Perdana Semalam. Saya hendak ulas untuk topik pertama dahulu.

Topik pertama bagi debat semalam adalah berkenaan Sapura Energy. Adakah perlu selamatkan Sapura Energy atau tidak? Perlu bail out atau tidak? Dan apa solusinya?

Mari saya terangkan serba ringkas apa itu Sapura Energy.

Sapura Energy Berhad sebuah syarikat penyedia perkhidmatan minyak dan gas antara syarikat yang mendapat minat daripada pelabur institusi seluruh dunia. Daripada senarai di atas sahaja kita dapat lihat nama-nama besar seperti Vanguard Group dan Blackrock iaitu dua syarikat insitusi terbesar dunia.

Tapi semasa zaman PH memerintah. Kerajaan PH telah mengambil alih saham Sapura Energy sebanyak 39.43% melalui PNB. Ini menjadikan PNB pemegang saham terbesar di dalam Sapura Energy.

Pada tahun 2020 dan kini. Dunia mengalami Covid19 dimana ianya memberi impak yang besar kepada Sapura Energy kerana banyak negara melakukan sekatan dan tidak boleh beroperasi seperti kebiasaan sehingga memberi masalah kepada Sapura.

Disebabkan berlakunya masalah ini dan Sapura ini milik rakyat maka dilihat Datuk Seri Najib Razak  melontarkan pendapat bahawa kerajaan Malaysia perlu lakukan sesuatu bagi membantu Sapura kerana Sapura adalah Syarikat milik rakyat melalui PNB. Jika syarikat Sapura bukan milik PNB sudah pasti Datuk Seri Najib tidak berminat untuk ambil tahu.

Apa akan terjadi jika kerajaan tidak bantu segera Sapura? Jika sapura jatuh, akan berlaku domino effect kepada banyak perkara seperti beribu-ribu vendor dan sub-kontraktor dibawah Sapura turut akan gulung tikar, ramai pekerja dibawah Sapura dan vendor akan hilang pekerjaan. Aset-aset strategik dan kemahiran-kemahiran bertaraf dunia akan turut hilang juga kerana Sapura adalah syarikat bertaraf dunia.

Impian jadikan Malaysia negara maju dan berpendapatan tinggi pun tidak akan berjaya.

(PH dahlah selalu sebut naikkan gaji pekerja dan masalah pengganguran, tapi mereka bertindak sebaliknya pula apabila isu Sapura ini, nampak sangat PH ini cakap dan perbuatannya tidak seiring. Hanya retorik sahaja)

Di dalam debat tersebut. Kita dapat lihat perbezaan diantara Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Datuk Seri Najib banyak memberi solusi bagaimana hendak selamatkan Sapura kerana untuk elak domino effect dan kerugian yang lebih besar pada negara jika sapura gulung tikar.

Berbeza pula dengan Datuk Seri Anwar dimana beliau hanya berulang-ulang sebut ‘forensic audit’. Bukan untuk menyelesaikan masalah tetapi hanya sibuk mencari kesilapan dimana Sapura sudah hendak karam.

Bagi saya perkara paling penting adalah selamatkan Sapura dahulu dan jika hendak buat forensic audit pun boleh dilakukan juga kemudian.

Tiada guna lakukan forensic audit dahulu dan kemudian Sapura sudah karam. Bazir sahaja masa buat forensic audit pada syarikat yang sudah gulung tikar.

Ini lah bezanya pemikiran dua pemimpin ini.

Saya lihat hanya Datuk Seri Najib sahaja yang memberi solusi dan tidak pada Datuk Seri Anwar. Sebagai pemimpin adalah kita perlu selesaikan masalah dan bukan menambahkan masalah lagi.

Sebab itu Kerajaan PH semasa memerintah tidak dapat bawa Malaysia kepada kemajuan disebabkan kerajaan PH fokus utama adalah terlampau mencari masalah lama dan bukan menyelesaikan masalah rakyat pada ketika itu dan tidak mahu maju kedepan.

Tepat kata dari Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dimana Datuk Seri Najib adalah pemenang dari debat semalam.

Gambar diatas  saya ambil dari page TTKM bagi menggambarkan apa yang saya tulis diatas.

Datuk Azhari Datuk Shaari
Ketua UMNO Shah Alam

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.