9 Mei Ubah Landskap Politik Negara… Pilih BN Untuk Jadi Kerajaan, Stabilkan Negara – Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 9 Mei – Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata pasti ramai yang ingat tarikh hari ini iaitu 9 Mei.

Ini kerana katanya, 9 Mei 2018 mengubah landskap politik negara.

“Saya menang di kawasan Parlimen Lenggong. Beberapa lagi rakan UMNO BN juga menang. Namun ramai kalah yang akhirnya menyebabkan BN hilang kuasa selepas lebih 60 tahun memerintah.

“Ekoran itu 22 bulan Pakatan Harapan (PH) memerintah. Merana kita. Kerajaan PH bertukar, kemudian 17 bulan di bawah Perikatan Nasional (PN). Sekarang BN sebagai Perdana Menteri (PM) di bawah Kerajaan gabungan BN+PN+GPS,” katanya dalam hantaran dalam laman facebooknya berkaitan hal ini.

Ujarnya yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, ini pengajaran besar kepada kita rakyat Malaysia.

“Sampai masanya kuasa mesti dipulangkan semula kepada rakyat. Biar rakyat tentukan masa depan mereka supaya lebih baik dan pilih Kerajaan yang mampu stabilkan negara ini. Pilihannya ialah Barisan Nasional,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.