Buat Pilihan Bijak, Demi Masa Depan Yang Lebih Baik – Pandak

 

ISKANDAR PUTERI, 11 Mac – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar, Pandak Ahmad berharap rakyat dapat mengambil peluang sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini untuk memilih parti yang berpengalaman dan realistik dalam mentadbir negeri..

Katanya, kebolehan tersebut sudah tentunya dimiliki BN yang mempunyai kredibiliti berdasarkan trek rekod yang dicapai negara sebelum ini.

“Pilih kerajaan yang boleh menjamin kesejahteraan rakyat, peluang pekerjaan, jaminan keperluan kesihatan, pemilikan perumahan diutamakan orang-orang muda mendapat tempat dan peluang pekerjaan

“Jadi tidak lain tidak bukan BN yang ada trek rekod yang baik lebih 60 tahun memerintah bertanding parti-parti yang bertanding pada kali ini.

“Tradisinya BN adalah untuk membela rakyat kalau dipilih saya akan memberikan perkhidmatan terbaik, menunaikan janji melalui Ikhtiar BN Johor dan Ikhtiar BN Kota Iskandar ini,” katanya.

Sementara itu, Pandak yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Iskandar Puteri turut memaklumkan bahawa beliau percaya dengan sokongan pelbagai lapisan masyarakat di Kota Iskandar ini untuk memilih BN pada 12 Mac.

Jelas beliau ini kerana pelbagai gerak kerja telah dilaksanakan untuk mendekati pengundi malah ketika kunjungan beliau mereka meluahkan sokongan pada BN.

“Saya yakin setelah melalui kempen ini… gerak kerja tetap dijalankan dan banyak dalam kalangan masyarakat bukan Melayu iaitu Cina, India termasuk Sabah dan Sarawak serta Orang Asli kembali menyokong dan mengharapkan BN menjadi teraju kerajaan negeri Johor kali ini,” ujar beliau.

Pandak yang juga Setiausaha Kerja UMNO Negeri Johor pada PRN ini berdepan lima penjuru termasuk daripada penyandang Dzulkelfy Ahmad (Pakatan Harapan); Samsudin Ismail (Perikatan Nasional); Dr Zaini Abu Bakar (Pejuang) dan R. Arangkannal (PSM). – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.