Usahawan Wanita Antara Tonggak Utama Bantu Proses Pemulihan Ekonomi Negara – Norliza

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Penglibatan wanita dalam bidang keusahawanan telah meningkat terutama dalam era perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, tegas Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim.

Katanya, semarak usahawan wanita sebagai antara tonggak utama bagi membantu proses pemulihan ekonomi negara.

“Saya setuju keupayaan negara mempunyai kalis ekonomi mampu mengekalkan kegiatan ekonomi dan perniagaan dalam waktu yang mencabar.

“Usahawan yang berjaya seharusnya mempunyai gabungan ciri-ciri inovatif, proaktif dan berupaya menghadapi risiko,” ujarnya yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dalam kenyataan pendek menerusi media sosialnya.

Dilaporkan, ekonomi negara yang sememangnya telah terjejas selepas krisis politik melanda diburukkan lagi dengan pandemik COVID-19 yang menular sejak awal tahun lalu selain musibah banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini.

Kerajaan kini dalam usaha untuk memulihkan ekonomi malah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menekankan bahawa tahun 2022 merupakan tahun untuk Malaysia kembali ke landasan bagi menetapkan pelan ekonomi negara jangka masa panjang. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.