Misi Sukarelawan Bantuan Banjir Ibu Pejabat UMNO Terus Rancak Turun Padang

KUALA LUMPUR, 6 Jan – Misi Sukarelawan Bantuan Banjir Ibu Pejabat UMNO terus rancak turun padang sebagai usaha menyantuni mangsa-mangsa banjir dalam kebersamaan UMNO dengan rakyat.

Setiausaha Agung (SUA) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini mengetuai misi terbabit dengan membawa barang keperluan makanan untuk disumbangkan kepada mangsa banjir di negeri bahagian Selatan tanah air.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian dan sukarelawan akan menuju ke Melaka iaitu di Alor Gajah dan Jasin serta destinasi terakhir pada hari ini di Sekijang, Johor.

Sebelum memulakan perjalanan pagi ini beliau sendiri mengetuai bacaan doa dengan disertai anggota sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan Ibu Pejabat UMNO.

Misi kali ini adalah bahagian yang ke-22 dengan membawa sumbangan bantuan berupa barangan makanan termasuk beras untuk diagihkan kepada mangsa banjir yang terjejas.

Sebelum ini, beliau yang mewakili Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah memberikan bantuan dan sumbangan kepada bahagian-bahagian yang terjejas dengan banjir di negeri Selangor antaranya di Shah Alam, Kota Raja, Klang, Sepang, Ampang, Hulu Langat, Bangi, Puchong, Petaling Jaya, Kuala Selangor, Selayang, Puchong dan Petaling Jaya.

Begitu juga di negeri Pahang yang melibatkan Maran, Bentong, Temerloh, Jerantut dan Kuala Krau, manakala di Negeri Sembilan ialah di Port Dickson, Linggi dan Tampin sementara Melaka di Masjid Tanah, Jasin dan Alor Gajah. Turut disinggahi ialah Johor iaitu di Segamat, Labis dan Sekijang.

Untuk rekod, negara dikejutkan dengan banjir besar melanda di beberapa negeri terutama di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Neger Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.