PH Tak Boleh Dipercayai, ‘Track Record’ Gagal, PN Sama Dengan PH… Pilihlah BN – Puad

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menegaskan bahawa manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hanya retorik dan tidak boleh dipercayai.

Katanya, PH ada track record ‘janji 100 hari’ yang gagal, malah satu pun tidak dipenuhi ketika 22 bulan memerintah.

“Tidak perlu diulas panjang manifesto PH. Cukup mengambil satu contoh iaitu janji untuk menggubal Enakmen Anti Lompat Parti bagi menjamin kestabilan negeri Melaka.

“Masa berkuasa penuh 22 bulan pun PH tidak buat apa apa pasal lompat parti, inikan pula bila mentadbir kerajaan negeri Melaka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bidasnya, hipokritnya PH ialah apabila menerima calon katak daripada UMNO bertanding atas tiket PKR dan PAN sementara Dap pula hangat-hangat tahi ayam kerana mulanya bantah tapi kini kuat kempen bantu Idris dan Nor Azman.

“PH menggariskan 32 inisiatif dengan tiga teras termasuk Melaka stabil. Stabil apa? PH yang jadi dalang tumbangkan kerajaan BN kerana menjanjikan jawatan Ketua Menteri pada Idris Harun.”

Katanya, UMNO bukan anggota Peritakan Nasional (PN).

“PH dan PN sama sahaja. Mereka datang dari lubuk yang sama. Elok orang Melaka pilih semula Barisan Nasional (BN). Track record cemerlang,” katanya lagi.

PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran DUN pada 4 Okt lepas selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap Ketua Menteri. SPR menetapkan tarikh mengundi pada 20 Nov dan undi awal pada 16 Nov. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.