Penduduk Kuala Linggi Sifatkan BN Pilih Calon Tepat, Mudah Didekati, Perwatakan Mesra Rakyat


MASJID TANAH, 12 Nov – Penduduk di Kuala Linggi melihat pemilihan calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan berkenaan amat tepat dan bersesuaian dengan jiwa masyarakat setempat yang mahukan pemimpin yang mudah didekati.

Tinjauan UMNO-Online mendapati, masing-masing berpandangan antara karakter utama seseorang wakil rakyat adalah mereka yang rapat dengan penduduk setempat serta tidak sombong serta mempunyai hala tuju untuk melipatgandakan lagi pembangunan kawasan tersebut.

Seorang peniaga di Pekan Kuala Linggi, Abu Bakar Ibrahim, 56, menyatakan Rosli Abdullah yang merupakan bekas guru bukanlah asing bagi penduduk di kawasan tersebut.

Apatah lagi katanya kerjaya sebagai guru sebelum ini membolehkannya rapat dengan masyarakat setempat menerusi aktiviti sosial mahupun pendidikan.

“Saya kenal tapi tak adalah rapat. Perwatakan… memang terbaik dan selalu jumpa dengan masyarakat. Terus terang saya beritahu dan saya tidak pilih bulu atau ada apa-apa.

“Cikgu Rosli ini memang terbaik dan suka tolong orang… cara dia dengan orang ramai ‘very good’, jika tanya saya pada hari mengundi nanti peratus untuk beliau menang adalah 90 peratus akan mencapai kemenangan insya-Allah,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Kata beliau lagi BN adalah sebuah parti yang banyak berjasa dan semua pihak telah dapat melihat perkara berkenaan.

“Orang ramai pun rasanya tahu BN itu macam mana kan…Cikgu Rosli berada dalam parti tersebut memang betul dah dan kali ini diangkat pula sebagai calon,” ujarnya.

Dalam pada itu Robiah Talib, 50, atau lebih dikenali dengan Kak Robiah pula turut menyatakan pandangan yang hampir sama berkaitan dengan perwatakan Cikgu Rosli.

“Saya kenal dia…hari tu dia datang sini rambut panjang…saya tengok kali ini lain pulak rupanya…mintak-mintaklah dia menang pada pilihan raya Melaka kali ini, bukan apa beliau baik orangnya dan sentiasa menolong masyarakat…insya-Allah.

“Tambahan pula parti yang beliau bawa adalah BN yang memang banyak membantu rakyat…baguslah senang cakap. Yang penting calon ini bagus dan mudah didekati serta mesra dengan masyarakat setempat,” ujarnya.

Seorang lagi penduduk yang ditemui dan membahasakan dirinya sebagai malik, 46, berpandangan Cikgu Rosli yang sebelum ini seorang pendidik memberi kelebihan kepadanya berinteraksi dengan masyarakat.

Tambahnya mudah disapa dan sentiasa memberikan senyuman serta pergaulan yang luas dengan penduduk setemat adalah satu perkara yang tidak boleh dinafikan sama sekali.

“Itulah kelebihan yang saya nampak pada beliau…kenal memang kenal dan insya-Allah saya doakan beliau mendapat kepercayaan penduduk khususnya pengundi di DUN Kuala Linggi 20 November nanti. – UMNO Online

Oleh: Azman Abas

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.