Menghargai Pemenang Pingat Perak

JOHOR BAHRU, 21 Sept — Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad (dua, kiri) menyampaikan insentif kepada pemenang pingat perak Sukan Paralimpik Tokyo 2020 Chew Wei Lun pada majlis penyampaian insentif atlet Johor ke temasya sukan itu hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi (kiri) dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor Nor Syazlan Abd Razak (kanan).
Chew, yang menyumbang pingat menerusi acara boccia, menerima insentif berjumlah RM15,000 bagi kejayaannya menggondol pingat perak serta penyertaan dalam acara itu.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.