Vaksinasi : COVID Tidak Pilih Pekerja Asing Atau Malaysia – Najib

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berpandangan ketidakpuasan hati aktivis berhubung cadangannya sebelum ini mengenai vaksinasi pekerja asing adalah tidak tepat.

Baginya aktivis yang kurang senang hati perlu faham bahawa COVID tak pilih pekerja asing atau warga Malaysia untuk berjangkit selagi COVID menular dalam mana-mana komuniti, Malaysia juga tidak akan selamat.

“Ada aktivis yang kurang senang hati dengan cadangan saya bahawa tempoh amnesty 4 bulan diberi kepada semua pekerja asing untuk menerima dua dos vaksin dan selepas tempoh 4 bulan, mereka yang belum menepati syarat itu akan dihantar balik manakala majikan yang tetap mengupah pekerja yang belum divaksin akan dihukum penjara mandatori.

“Aktivis kata saya sengaja mangsakan pekerja asing. Manakala Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) berpendapat bahawa cadangan saya adalah munasabah sebab majikan ada tanggung jawab bawah undang-undang untuk memastikan keselamatan kesihatan pekerja-pekerja mereka.

“Di bawah undang-undang juga, Malaysia ada hak untuk menetapkan syarat bagi warga asing yang ingin kerja di Malaysia termasuk memastikan mereka telah divaksin dengan dua dos,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Tambah beliau lagi aktivis perlu faham bahawa cadanganbya ialah untuk menjaga keselamatan semua pihak – pekerja asing, majikan dan masyarakat umum Malaysia.

Najib slammed over call to deport unvaccinated migrants

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.