Parti Diutamakan, Negara Dan Rakyat Terus Dibela – Dr Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah mengharapkan agar UMNO/Barisan Nasional (BN) kembali gagah selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.

Katanya, itu adalah matlamat utama.

“Kerana bila UMNO/ BN kuat rakyat terus dibela kerana sejak dari dulu sudah terbukti UMNO/BN sahaja yang mampu utamakan rakyat.

“Mari kita berusaha bersama,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Justeru, kata Shamsul Anuar lagi, memperkukuhkan parti dan membela rakyat adalah lebih penting ketika ini.

“Maka kembali berkuasa dengan mendapat mandat sebenar daripada rakyat mesti diutamakan oleh parti selepas ini,”ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.