Pidato Online Bukan Sekadar Mencari Pemidato Terbaik, Bawa Signifikan Tersendiri Buat Parti

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Ketua Penerangan UMNO Negeri Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad melahirkan kesyukuran beliau dengan penganjuran pertandingan pidato online di peringkat negeri yang telah berlangsung dengan jayanya semalam.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada peserta yang telah memberikan komitmen yang tinggi mempersembahkan pidato terbaik bagi mewakili negeri Pahang.

“Melibatkan dua orang peserta bagi setiap bahagian di seluruh negeri, jadi kita ada 14 bahagian. Kita telah berjaya menerima 28 orang peserta daripada seluruh Pahang.

PIDATO PAHANG“Kemudian itu yang kita rasa syukur kita bukan sahaja dapat melibatkan orang muda bahkan ada juga pelbagai peringkat umur sama lelaki dan juga wanita.

“Maknanya hendak menunjukkan setiap lapisan umur ahli UMNO memberikan komitmen kepada program yang dianjurkan bersama oleh Penerangan UMNO Malaysia dan juga negeri,” katanya ketika dihubungi UMNO Online.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau itu juga mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di atas sokongan yang diberikan kepada penganjuran pidato online kali ini.

“Kita juga sangat bersyukur kerana program ini juga mendapat komitmen yang sangat baik daripada Pengerusi Perhubungan Negeri apabila beliau berbesar hati memberikan sijil-sijil dan juga hadiah kepada pemenang bahkan diberikan pula sagu hati penyertaan serta juga diberikan kepada penerangan-penerangan bahagian.

“Ini di atas komitmen masing-masing malah peruntukan juga diberikan supaya aktiviti seperti ini tidak berhenti sebegini sahaja mungkin diperkembangkan diperingkat bahagian,” ujar beliau.

Sementara itu beliau juga turut berpandangan penganjuran pidato online ini juga bukan hanya sekadar mencari pemidato yang terbaik malah ianya juga memberikan signifikannya yang tersendiri buat parti.

“Siapa yang tidak mahu menang kalau sudah bertanding namun program seperti ini menunjukkan bahawa UMNO mampu bergerak dengan mengadakan pelbagai aktviti dalam pelbagai bentuk.

“Malah yang paling utama mendapat sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat serta ahli UMNO itu sendiri.

“Kita hendak beri isyarat kepada rakyat Malaysia bahawasanya UMNO masih relevan,” ulas beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.