Tahniah Azizul…Kejayaan Bawa Kesejukan Dan Bahagia Seluruh Rakyat – Mohamad

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan mengucapkan tahniah kepada Datuk  Mohd Azizulhasni Awang yang memperolehi pingat perak hari ini.

“Pingat perak anda adalah emas kepada kami. Kejayaan anda membawa kesejukan dan rasa bahagia kepada seluruh rakyat Malaysia. Sudah lama kami tidak menikmati cerita gembira seperti ini,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Kata Mohamad lagi, hari ini ianya benar-benar membawa keriangan, kebanggaan dan kesatuan kepada rakyat sebagai sebuah bangsa dan negara.

“Sangat berbahagia dengan pencapaian anda. Kerja keras, pengorbanan dan semangat anda adalah keperkasaan yang mesti diteledani semua.Tahniah,”.

Memetik laporan, jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang menghadiahkan pingat perak kepada kontinjen negara dalam acara keirin Sukan Olimpik Tokyo di Velodrom Izu pada Ahad.

Pingat emas dimenangi oleh Pelumba Britain, Jason Kenny sekali gus mempertahankan pingat yang dimenanginya pada Sukan Olimpik Rio 2016 manakala Pelumba Belanda, Harrie Lavreysen memenangi gangsa.- UMNO Online

📸: @utusanonline

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.