Mesyuarat Khas MKT UMNO Esok, Prihatin Isu-isu Semasa Termasuk Pencabulan Kedaulatan Institusi Raja

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – UMNO akan memanggil Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi, pada petang esok, 3 Ogos 2021 secara atas talian untuk memperhalusi pendirian dan tindakan parti untuk mendepani situasi politik semasa.

Demikian maklum Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan media, hari ini.

“UMNO amat prihatin dengan isu-isu semasa yang berlaku terutamanya menyentuh krisis hubungan antara Istana dan Kerajaan, pencabulan terhadap Kedaulatan Institusi Raja, Keluhuran Perlembagaan dan pemandulan terhadap amalan Demokrasi Berparlimen,” katanya.

Dilaporkan, ini kali kedua MKT UMNO akan bersidang secara maya selepas kali pertama diadakan pada 7 Julai lalu akibat pematuhan kepada SOP oleh kerajaan sebagai langkah mengekang penularan wabak COVID-19. – UMNO Online
[gview file=”https://umno-online.my/wp-content/uploads/2021/08/KENYATAAN-MEDIA-2-Ogos-2021.pdf”]

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.