KUALA LUMPUR 23 Mei – Pertukaran pentadbiran daripada ditadbir oleh pembangkang kepada kepimpinan Barisan Nasional pasti banyak membawa banyak perubahan kepada rakyat negeri Kedah sejajar dengan slogan Rakyat Didahulukan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan, Kedah, Datuk Suraya Yaccob berkata kepimpinan yang diketuai oleh Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun [...]
KUALA LUMPUR 23 Mei – Rakyat disaran menolak segala tohmahan dan persepsi palsu berterusan yang ditimbulkan oleh parti pembangkang dalam usaha mereka memburukkan kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) setelah diberi mandat untuk terus menerajui kepimpinan negara pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu. Exco Pemuda UMNO, Mohd Faizal Ramly berkata persepsi palsu yang ditimbulkan [...]
KUALA LUMPUR, 23 Mei – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis terhadap web portal Malaysiakini yang telah memuatnaik berita bertajuk “Pengkhianatan orang cina itu benar” dalam versi bahasa Melayu dan mengeluarkan berita dalam versi Bahasa Inggeris bertajuk ‘Racist? Ex-judge in his own words pt1” Kelab Warisan Malaysia (KERIS), Mohd Khairul Azam [...]
KUALA LUMPUR, 23 Mei – Kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya yang ditangguhkan sejak dua tahun lepas, akan dimulakan tidak lama lagi secara berperingkat-peringkat. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 113 (2) (ii), persempadanan semula boleh dilakukan setelah tempoh lapan tahun persempadanan kali terakhir tamat. [...]
PULAU PINANG, 22 Mei – Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaikh Hussein Mydin berkata, DAP sepatutnya berhenti daripada memperjuangkan hak kebebasan bersuara, demokrasi kerana mereka sama sekali tidak mengamalkan apa yang mereka perjuangkan. Ini kerana ujarnya, DAP hanya menggunakan hak kebebasan bersuara sekiranya ia mendatangkan keuntungan untuk parti mereka dan jika sebaliknya, mereka pasti menggunakan [...]
SHAH ALAM, 21 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi menyifatkan kemelut yang sedang dihadapi kerajaan negeri Selangor hari ini di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim terutama dalam isu pelantikan Exco diibaratkan `bagai api dalam sekam’. Tegas beliau walaupun isu pelantikan Menteri Besar kelihatan seperti sudah selesai namun hakikatnya ia [...]
KUALA LUMPUR, 21 Mei – Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang menggesa Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat. “Karpal Singh sebagai seorang peguam dan anggota parlimen patut faham mengenai perlembagaan negara, beliau harus tengok apa yang dikatakan oleh perlembagaan, jangan buat [...]
KUALA LUMPUR, 20 Mei – Bekas Naib Presiden Parti Islam SeMalaysia (Pas), Datuk Nakhaei Ahmad menasihati Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menjadi seorang Muslim yang baik dan berguna untuk masyarakat Islam di negara ini dan berhenti daripada menjadi seorang pengkhianat yang melampaui batas. Jelasnya, Anwar sepatutnya bermuhasabah diri di atas kekalahan Pakatan Pembangkang pada PRU [...]
PUTRAJAYA, 20 Mei – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pemimpin pembangkang supaya tidak mempolitikkan segala pelaksanaan dan tindakan pihak berkuasa dalam usaha memelihara keamanan dan kesejahteraan negara. Pihak berkenaan boleh menghadapi risiko besar sekiranya terus berbuat demikian, katanya pada sidang media selepas memulakan tugas hari pertama sebagai menteri dalam negeri. [...]
KUALA LUMPUR, 20 Mei – Kegagalan Pas bagi mendapatkan sebarang jawatan di dalam pentadbiran Pulau Pinang dan kedudukan Selangor yang terumbang-ambing membuktikan bahawa Allah tidak redha dengan perjuangan Pas yang kini semakin tergelincir dari perjuangan sunnah politik Rasulullah saw, demikian tegas bekas AJK Dewan Ulama Pas Pusat, Prof Madya Md Noor Idris. Jelasnya, sudah sampai [...]