MELAKA, 19 Jun – Notis mesyuarat UMNO peringkat cawangan dan bahagian di seluruh negara pada tahun ini bakal menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman sosial termasuk Facebook dan Twitter. Setiausaha Kerja UMNO Datuk Abd Rauf Yusoh berkata cadangan penggunaan kaedah baharu itu dilihat seiring dengan peredaran masa dan kemajuan negara. “Cadangan ini adalah hasil [...]
PUTRAJAYA, 18 Jun – Bajet 2014 akan dibentangkan di Parlimen pada 25 Okt ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. Najib juga mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Dasar fiskal yang bertujuan mengurangkan defisit fiskal, mengukuhkan kewangan awam dan memastikan kemampanan fiskal jangka panjang. Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata beliau akan mempengerusikan jawatankuasa [...]
NUSAJAYA, 17 Jun – Kerajaan Johor pada Isnin memulakan inisiatif baharu bagi mendapatkan maklum balas daripada rakyatnya melalui kajian yang dikenali sebagai ‘Suara Hati Johor’. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kajian selama tiga bulan itu akan dilaksanakan penyelidik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan menyasarkan kira-kira 8,000 responden. Katanya, kajian itu bagi [...]
ALOR STAR, 15 Jun – Siri jelajah Taklimat Pemilihan UMNO yang bermula Sabtu, di Kedah berhubung kaedah pelaksanaan dan tatacara pemilihan UMNO berjalan lancar dan sehingga hari ini empat negeri telah melalui siri jelajah tersebut iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Sesi taklimat untuk Perlis dan Kedah diadakan di Bangunan UMNO Negeri, manakala UMNO [...]
TEMERLOH, 15 Jun – Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 kepada pemohon yang tercicir daripada senarai bantuan itu sebelum ini, membuktikan bahawa pemberian itu bukan bertujuan memancing undi semasa pilihan raya umum ke-13. Anggota Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamad Said berkata pihak pembangkang sebelum ini dilihat sentiasa memutarbelitkan apa jua tindakan kerajaan demi kepentingan [...]
KUALA LUMPUR, 14 Jun – UMNO telah terbukti bukanlah sebuah parti politik yang bersifat rasis atau mempunyai niat untuk memecah-belahkan rakyat negara ini mengikut kaum, kata Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob. Katanya, jika UMNO adalah sebuah parti yang mementingkan diri atau hanya mengutamakan bangsa Melayu sahaja maka tentunya tidak akan wujud [...]
KUALA LUMPUR, 13 Jun – Ahli Parlimen Pendang, Datuk Osman Abdul membidas mana-mana pihak yang melemparkan tuduhan kononnya UMNO adalah parti yang rasis dan berterusan mahu memecah-belahkan rakyat negara ini mengikut kaum demi memelihara kekuasaan dalam kepimpinan tertingginya. Katanya, sudah banyak bukti yang ditunjukkan oleh Presiden parti yang juga Perdana Menteri sejak yang pertama hinggalah [...]
KUALA LUMPUR 12 Jun – Sudah sebulan Pilihan Raya Umum ke 13 berlalu, Barisan Nasional sekali lagi diberi kepercayaan oleh rakyat untuk menerajui kepimpinan dan pentadbiran negara untuk tempoh lima tahun lagi, namun pembangkang tidak dapat menerima kenyataan impian mereka untuk menawan Putrajaya tidak tercapai. Jika sebelum pilihan raya, mereka begitu yakin dapat menawan Putrajaya, [...]
KUALA LUMPUR 11 Jun – Pembangkang perlu cerminkan diri mereka sendiri sebelum menuduh UMNO tidak demokrasi apabila banyak pihak yang mencadangkan supaya dua jawatan utama parti, presiden dan timbalan presiden UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan UMNO yang bakal diadakan tidak lama lagi. Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Emeryanti Shamsudin berkata sepatutnya pembangkang mengembalikan sistem demokrasi [...]
PUTRAJAYA, 10 Jun – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menubuhkan sebuah jawatankuasa khas baru-baru ini khusus untuk menyelaras program pembangunan luar bandar. Menteri berkenaan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, selain pembangunan fizikal, jawatankuasa yang ditubuh dengan kerjasama beberapa kementerian lain itu juga bertanggungjawab menyelaras program yang berkaitan dengan penyediaan peluang pekerjaan dan [...]