UMNO Teluk Intan Belajar Dari Kekalahan PRU 12

TELUK INTAN, 18 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan, Datuk Idris Hashim berkata pihaknya telah mula merangka kerja selepas Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu dengan mengkaji segala kelemahan dan kesilapan. Jelas beliau kelemahan dan kesilapan yang dikesan itu akan diperbaiki agar rakyat kembali memberikan sokongan penuh kepada parti. […]

Peruntukan RM1 Juta Untuk Bantuan Rumah Rakyat Daif Di Kalabakan

TAWAU, 17 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah meluluskan peruntukan RM1 juta untuk program bantuan zink dan papan lapis kepada rakyat daif di kawasan Parlimen Kalabakan, kata Anggota Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh. Beliau berkata urusan berkaitan pengagihan bantuan berkenaan termasuk menyeraikan nama penerima sedang dibuat bagi memastikan hanya penduduk yang benar-benar […]

Pemuda UMNO Tenom Sentiasa Kaji Keberkesanan Program Pendidikan

TENOM, 16 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Tenom  dari masa ke semasa akan mengkaji keberkesanan setiap program pendidikan yang dianjurkan oleh pergerakan itu agar ianya memberikan impak yang berkesan bukan sahaja dalam memperkasakan mutu pendidikan namun memfokuskan ke arah membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar khususnya di daerah itu. Ketuanya Jamawi Jaafar berkata, ini penting […]

Program Maidatul Rahman Beri Keinsafan

PUTRAJAYA, 15 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, rakyat di negara ini perlu sentiasa mensyukuri nikmat yang diterima bukan hanya berkat dari kesejahteraan tetapi juga limpahan rahmat khususnya juadah juadah harian yang pelbagai dalam bulan Ramadan. “Alhamdulillah, kita telah memasuki pertengahan Ramadan dan sepenuh kesyukuran dipanjatkan kerana kita […]

Usah Undang Malapetaka, Hargai Keamanan Yang Dinikmati

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Dr. Mohd Shafie Abdullah berkata, rakyat negara ini perlu melihat apa yang terjadi di London sebagai satu iktibar dan memahami mengapa kerajaan tidak pernah membenarkan diadakan demonstrasi jalanan. Katanya, sekiranya perhimpunan haram Bersih yang adakan pada 9 Julai lalu tidak dikawal dan dihalang, beliau […]

Komponen BN Harus Bersama UMNO Dekati Rakyat Untuk Tawan Cheras

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Tan Sri Syed Abbas Alhabshee berkata, parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu memperbanyakkan program mendekati masyarakat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Menyedari PRU sudah semakin hampir, beliau berharap parti komponen akan mempergiatkan aktiviti bersama-sama UMNO untuk memastikan BN berkuasa di […]

Umat Islam Wajib Bersatu Pertahankan Kesucian Islam – Lajim

BEAUFORT, 10 Ogos – Umat Islam perlu bersatu mempertahankan akidah Islam daripada diganggu gugat oleh musuh agama, sekalipun terpaksa menghadapi apa sahaja rintangan, kata Ketua UMNO bahagian Beaufort, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan Sukarelawan PERKIM Sabah berkata, adalah menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk mempertahankan akidah kerana […]

UMNO Bahagian Tenggara Sedia Patahkan Cubaan Pas ‘Serang’ Warga Felda

TENGGARA, 8 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Tenggara, Datuk  Baderi Dasuki berkata menjelang pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, pihaknya  telah mengesan gerakan Pas yang semakin agresif ‘menyerang’ tujuh kawasan Felda yang terdapat di dalam kawasan Tenggara dengan tujuan mempengaruhi para pengundi untuk berpaling tadah. Namun katanya, hasil siasatan yang dibuat mendapati masyarakat Felda masih […]

Projek Pembangunan Kecil Mampu Sentuh Hati Rakyat – Md Jais

KLUANG, 5 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Kluang, Md Jais Sarday berharap agar penumpuan kepada frasarana kecil diberi perhatian yang lebih kerana ianya lebih memberi impak kepada menyentuh jiwa rakyat. Katanya, walaupun projek besar yang dibuat oleh kerajaan adalah untuk kesenangan rakyat namun projek kecil seperti pembaikan jalan kampung, lampu jalan, pembersihan longkang mampu memberi […]

UMNO Bagan Serai Harap Tiada Isu Nasional Menjelang PRU 13

BAGAN SERAI, 4 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai, Datuk Zaili Cha  berharap menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) 13, tiada isu nasional yang timbul menjadi penyebab kekalahan parti di kerusi-kerusi yang sepatutnya mampu parti meraih kemenangan. Sebagai contoh katanya, di Bagan Serai, walaupun pada PRU yang lalu, Barisan Nasional (BN) hanya memenangi satu kerusi […]



UTAMA PENAFIAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2000-2014 UMNO MALAYSIA

[ Log in ]
Google+

PageRank Checker