Sifar Politiking… Belanjawan 2021 Jaminan Keprihatinan Terhadap Rakyat – Norliza

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Norliza Abdul Rahim menekankan bahawa UMNO hanya mahu menjaga dan memperjuangkan masa depan rakyat kerana kesejahteraan kehidupan rakyat masa kini adalah buat negara masa depan.

Lantaran itu, katanya pembentangan Belanjawan 2021 suatu yang luar biasa kali ini dan sangat dinanti-nantikan.

“Malahan rakyat ingin tahu bentuk jaminan keselamatan kesihatan. Apa harapan rakyat yang sebenarnya?

“Saya berpendirian teguh bahawa nasib dan masa depan rakyat perlu terus dibela. Pemulihan ekonomi negara perlu difokuskan. Jaminan dan keprihatinan terhadap rakyat harus diterjemahkan oleh kerajaan sekarang,” katanya yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia dalam satu kenyataan media hari ini.

Jelasnya yang juga ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, sifar politiking pada waktu susah payah dalam keadaan sekarang yang semakin mencabar.

“Rakyat dan pemain industri dalam kepelbagaian sektor ekonomi pastinya ternanti-nanti formula ekonomi yang lebih terarah membantu mengurangkan bebanan rakyat,” katanya lagi.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk memberi sokongan padu kepada Belanjawan 2021 yang bakal dibentangkan di Dewan Rakyat pada 6 Nov ini.

Baginda bertitah, ia demi kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat serta pemulihan ekonomi negara yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.