Bajet 2019 Undang Pelbagai Persoalan, Betulkah Negara Bakal Bankrap?


KUALA LUMPUR, 8 Nov – Ketua UMNO Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata Bajet 2019 atau bajet sulung Pakatan Harapan (PH) yang telah diumumkan sebelum ini penuh dengan 1001 perancangan yang mengundang persoalan demi persoalan.

Soal beliau, betulkah negara akan bankrap jika Kerajaan Persekutuan masih ada rezab dan wang yang disatukan dari pendapatan cukai negara selama ini.

“Lupakan sebentar kisah berkenaan. Kita buka cerita Bantuan Sara Hidup yang merupakan skim membantu rakyat yang dulunya bernama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Hanya tukar nama sahaja.

“Adakah orang Melayu mudah lupa apabila golongan berpendapatan rendah dicop sebagai pemakan rasuah dan dihina sebagai pemakan dedak. Tahun depan ‘rasuah’ dan ‘dedak’ ini akan dihalalkan sebagaimana penyucian terhadap kelompok pemimpin mereka setelah menjadi sebahagian daripada entiti ‘baru’ tersebut.

“Lebih membimbangkan rakyat apabila bajet sebelum ini dipenuhi kisah hutang negara sedangkan untuk menyelesaikannya aset tidak strategik akan dijual pula. Walhal dalam masa yang sama bon Samurai akan diterbitkan hasil pinjaman daripada Jepun. Itu belum lagi pendapatan daripada cukai SST 2.0 yang memeningkan rakyat Malaysia hari ini,” katanya kepada UMNO-Online.

Tambah beliau sebenarnya bajet 2019 ibarat kisah lembu punya susu tetapi minyak sapi dapat nama.

“Ini disebabkan laporan antarabangsa meletakkan Malaysia sebagai pemain ekonomi yang mampan setakat sebelum PRU-14 yang lalu. Justeru siapa sebenarnya yang lebih baik.

“Isu-isu bajet yang lain kita bincangkan nanti, kerana kita tidak pasti adakah istilah manifesto bukan kitab maka akan keluar lagi sebagaimana dokumen Bajet 2019 ini,” katanya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.