Zahid Umum Ahli Majlis Tertinggi Lantikan Dan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO lantikan mengikut Fasal 9.2.8 Perlembagaan UMNO dan juga Pengerusi-Pengerusi Perhubungan UMNO dan pimpinan negeri-negeri.

Menurut Zahid, ini merupakan langkah pertama UMNO menuju pembaharuan agar parti terus relevan dalam pentas politik tanah air.

“Selaras dengan pemilihan yang baharu, saya sebagai Presiden UMNO mengumumkan senarai Ahli Majlis Tertinggi UMNO lantikan mengikut Fasal 9.2.8 Perlembagaan UMNO dan melantik Pengerusi-Pengerusi Perhubungan UMNO dan pimpinan di negeri-negeri.

“Saya komited untuk merekayasa dan memperjuangkan kepentingan negara bersama dengan jajaran pimpinan baharu UMNO berlandaskan Perlembagaan Malaysia dan Piagam UMNO seperti terkandung dalam Perlembagaan UMNO sendiri,” jelasnya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Tambah beliau, selesainya pemilihan parti baru-baru ini telah memperlihatkan bahawa UMNO kini lebih terbuka dan demokratik.

“UMNO telah melaksanakan pemilihan semua jawatan dalam parti dengan tertib dan lancar bulan lalu.

“Keterbukaan pemilihan ini mencatatkan sejarah pemilihan UMNO sejak 1987 dan memaparkan UMNO kini lebih terbuka, demokratik dan inklusif untuk semua,” ujarnya.

Berikut adalah senarai Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dilantik bagi memegang jawatan Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Penerangan, Setiausaha Kerja dan juga pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.