Mas Ermieyati Umum Keluar UMNO

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Anggota Parlimen Masjid Tanah, Melaka, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengumumkan keluar UMNO dan akan menjadi Anggota Parlimen Bebas berkuatkuasa hari ini.

“Mulai hari ini (1 Julai), saya mengumumkan keluar daripada parti UMNO bersama-sama dengan pengikut setia saya dengan seikhlas hati tanpa ada mana-mana paksaan atau ancaman.

Sehubungan itu saya akan menjadi seorang anggota parlimen bebas dan akan memainkan peranan menegur dan menasihati kerajaan sebagai semak dan imbang atas dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan tanpa terikat dengan etika anggota parlimen yang mewakili sesebuah parti,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.