UMNO Melaka Failkan Petisyen Cabar Keputusan PRU14

MELAKA, 23 Jun – UMNO Melaka telah memfailkan petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin lepas bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata dua kerusi DUN itu ialah Telok Mas dan Rembia.

“Kita dapati calon (Telok Mas) tidak meletak jawatan (sebagai pensyarah) pada hari penamaan calon dan ia bertentangan dengan dengan peraturan pilihan raya.

“Satu lagi (Rembia) biar perkara itu dilakukan (dipeguam dahulu, saya difahamkan ada perkara yang akan dibangkitkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Puteri Bahagian Tangga Batu di Pantai Puteri di sini, hari ini.

Pada PRU14, calon PKR-PPBM Noor Effandi Ahmad menang kerusi DUN Telok Mas dengan majoriti 1,288 undi dan calon PKR Muhammad Jailani Khamis menang kerusi DUN Rembia dengan majoriti 1,814 undi.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.