Pemilihan UMNO Buktikan Demokrasi Subur, Langkah Awal Bangkit Mendepani Cabaran

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Exco Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata pemilihan di dalam parti untuk semua jawatan pada kali ini cukup penting dalam usaha meletakkan parti berada pada tempatnya yang tersendiri.

Menurut beliau ahli parti tidak perlu menoleh lagi ke belakang apatah lagi masih terus merintih dalam kesedihan sebaliknya perlu terus bergerak ke depan dengan menjadikan pemilihan di dalam parti ini sebagai langkah awal.

“Kepada rakan-rakan di seluruh negara marilah kita sama-sama bangkit daripada abu kekalahan ini kerana kalau kita terus merintih dalam kesedihan tidak mungkin kita akan berjaya.

“Dan hanya yang teguh dan berani berjuang akan memastikan UMNO terus bangkit dan tuan-tuan di luar sana adalah tunjang untuk sama-sama kita terus bergerak ke depan.

“Saya mohon sebagai ahli parti dan seluruh rakan-rakan agar menceriakan demokrasi di dalam parti dan terima kasih kepada pucuk pimpinan yang membuka ruang kepada seluruh ahli parti untuk bertanding,” katanya kepada UMNO-Online.

Tambahnya apa pun demokrasi dalam UMNO kian mekar dan pemilihan ini amat penting bagi UMNO kerana ianya adalah pemilihan yang akan menentukan jatuh dan bangunnya parti.

“Teruskan berjuang dan pegang jawatan perlu ikhlas untuk berjuang dan kembali kepada asas perjuangan UMNO dalam usaha meneruskan kesinambungan dan kejayaan parti kelak,” ujarnya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.