Categories: Berita Utama

Semua Jawatan Bebas Dipertandingkan Dalam Pemilihan UMNO – Zahid

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Semua jawatan dalam UMNO terbuka dan bebas untuk dipertandingkan termasuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden serta ketua-ketua bagi kepimpinan sayap parti, kata Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, tidak timbul soal tidak ada pertandingan bagi jawatan-jawatan tertentu dalam pemilihan UMNO.

“Saya bersama Datuk Seri Hishammuddin secara berlapang dada dan berfikiran terbuka mahu supaya jawatan ini ditandingi oleh sesiapa sahaja yang berkelayakan dan mengikut peraturan yang telah ditentukan.”

“Kami juga telah diberi pertanggungjawaban dan amanat untuk menyelesaikan beberapa permasalahan dan isu-isu yang sedang dihadapi sekarang ini,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, di Menara Dato’ Onn hari ini.

Jelasnya, MT juga telah mengambil keputusan supaya ahli-ahlinya diberikan tanggungjawab untuk menjaga bahagian-bahagian tertentu dengan turun ke bawah bertemu kepimpinan di bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan di bahagian berkenaan.

“Jawatankuasa bertindak ini akan dipengerusikan oleh Tan Sri Annuar Musa dan beliau akan melakukan penyelarasan terhadap aktiviti ini.”

Kemudiannya, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah memaklumkan bahawa tarikh persidangan tahunan Cawangan dan Pergerakan sayap Wanita, Pemuda serta Puteri UMNO bermula Sabtu, 19 Mei 2018 sehingga Ahad, 10 Jun 2018 sementara di peringkat bahagian pada Sabtu, 30 Jun 2018.

Katanya, ahli-ahli UMNO yang ingin bertanding boleh mendaftar secara ‘online’ bermula 1 Jun 2018 (Jumaat) dan pencalonan akan ditutup pada 17 Jun 2018 (Ahad), jam 5.00 petang bagi semua peringkat pemilihan MT, bahagian dan pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

Jelasnya lagi Jawatankuasa pemilihan yang dibentuk di peringkat bahagian juga akan berfungsi di semua peringkat pemilihan sepanjang proses pemilihan berlangsung. – MediaUMNO

Recent Posts

Najib Harap Pimpinan Baharu Sayap UMNO Dapat Galas Tanggungjawab Sebaiknya

KUALA LUMPUR, 24 Jun - Bekas presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada semua kepimpinan sayap UMNO…

1 min ago

Pemuda Buang Imej Elitis, Bangsawan Untuk Dekati Rakyat – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 24 Jun -- Pemuda UMNO akan membuang imej elitis dan bangsawan untuk mendekati rakyat demi membina semula kepercayaan terhadap…

5 mins ago

Wanita UMNO Siap Sedia Bantu Pulihkan UMNO

KUALA LUMPUR, 24 Jun — Wanita UMNO di bawah kepimpinan baharu kini bersiap sedia untuk mengembalikan kepercayaan rakyat dan masyarakat…

9 mins ago

Budaya Baru Pemilihan UMNO Kali Ini Sangat Positif dan Konstruktif Tanpa Unsur Negatif

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baru, Datuk Dr.Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa pemilihan sayap parti…

3 hours ago

Ketua Pergerakan Wanita Dan Pemuda Yang Baharu

KUALA LUMPUR, 24 Jun -- Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang baharu, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (dua, kanan) bercakap…

4 hours ago

Bermula Lembaran Yang Baru

KUALA LUMPUR, 24 Jun -- Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bersama Ketua Pergerakan Wanita UMNO…

4 hours ago

Terima Kasih Atas Sokongan Anda