Hapus GST Menyebabkan 17 Ribu Pekerja Kontrak Akan Kehilangan Pekerjaan?

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan kenapa lebih 17 ribu orang pegawai kontrak akan ditamatkan perkhidmatan mereka.

Jelas beliau, tentu sahaja mereka yang terlibat dalam penamatan kontrak tersebut amat sedih kerana kehilangan pekerjaan di saat umat Islam akan menyambut bulan Syawal tidak lama lagi.

“Ini ada kaitan dengan penghapusan GST. Janji Kerajaan Pakatan untuk hapuskan GST mesti ditunaikan. Apabila GST dihapuskan kerajaan akan kehilangan hasil sebanyak RM42 Bilion.

Justeru kerajaan mesti melakukan langkah penjimatan, maka pekerja kontrak seramai 17 ribu orang itu menjadi mangsa pertamanya,” katanya dalam kenyataan dalam laman facebooknya.

Soalnya lagi, apakah kerajaan sekarang ada alternatif lain untuk gantikan GST?

“GST menjadi senjata paling berkesan untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN). Kerajaan cadang kembali kepada SST. Berdasarkan kutipan SST pada tahun 2014 hanya RM17 Bilion sahaja yang dikutip. Justeru, bersediakah kerajaan memperkenalkan sistem percukaian baru?

“Bersediakah kerajaan menaikkan kadar defisit fiskal negara kepada 5 peratus? Bersediakah kerajaan mengurangkan perbelanjaanjaan untuk pembangunan akibat penghapusan GST?”

Tegasnya, tindakan menamatkan perkhidmatan pekerja kontrak adalah satu kezaliman.

“CUEPACS atau MTUC tidak boleh berpeluk tubuh. Selamatkan 17 ribu pekerja kontrak itu,” katanya lagi – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.