Ahli UMNO Terus Istiqamah Dalam Perjuangan Demi Agama, Bangsa Dan Negara – Hanafi


KUALA LUMPUR, 17 Mei – Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Hanafi Mamat berkata ahli parti perlu terus istiqamah serta meningkatkan lagi tahap perjuangan demi kelangsungan parti untuk mengorak langkah ke depan.

Menurut beliau seandainya semua ahli serta seluruh pendokong bersatu padu dan bersepakat, tidak ada yang mustahil malah insya-Allah parti akan bangkit untuk terus memperjuangkan kepentingan rakyat bersama.

“Kepada kesemua ahli parti, teruslah istiqamah dan tingkatkan perjuangan kita dan insya-Allah jika kita sepakat dan kita kembali bersatu tetap dengan semangat perjuangan maka parti kita akan bangkit.

“Kita jangan biarkan parti kita mati kerana parti ini telah menyentuh seluruh jiwa Melayu dan rakyat Malaysia di negara ini selama 60 tahun lebih.  Terlalu besar jasa UMNO untuk kita ketepikan begitu sahaja,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Beliau seterusnya mengharapkan seluruh ahli parti dan pendokong agar sama-sama terus berusaha dan berdoa supaya perjuangan selama ini tidak terhenti begitu sahaja.

“Dan yang paling penting sekali individu-individu dan ahli serta penyokong parti terus istiqamah dengan perjuangan kita. Insya-Allah pada masa akan datang Allah s.w.t akan merestui perjuangan kita. Saya anggap perjuangan kita ini sangat-sangat murni dan besar kepada agama kita, bangsa dan negara kita,insya-Allah,” katanya lagi. MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.