Tengku Adnan Pertahan Kerusi Parlimen Putrajaya

PUTRAJAYA, 9 Mei – Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Putrajaya apabila menang dengan majoriti 3,372 undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, hari ini .

Tengku Adnan memperoleh sebanyak 12,148 undi untuk menewaskan calon PAS, Zainal Abidin Kidam dan calon PKR, Datuk Dr Samsu Adabi Mamat yang masing-masing memperoleh sebanyak 3,634 dan 8,776, undi.

Ini adalah kemenangan beliau untuk kerusi parlimen yang sama buat kali keempat berturut-turut.

Pada PRU ke-13 lalu, Tengku Adnan menewaskan calon PAS, Husam Musa dengan majoriti 5,541 undi.

Beliau yang ditemui pemberita selepas diumumkan kemenangan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Putrajaya Datuk Azizi Ahmad Tarmizi merasa bersyukur di atas kemenangan ini.

“Saya akan terus laksanakan tanggungjawab saya sebagaimana yang telah saya lakukan pada penggal-penggal yang lepas.

Saya juga mohon kepada Allah untuk dapat terus lakukan kebaikan kepada warga (Putrajaya) dan rakyat,” katanya di sini malam ini.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.