Kerajaan Dap Bakulsampahkan Surat Rakyat?

Di awal pentadbiran kerajaan Dap Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendabik dada untuk menjadikan negeri Pulau Pinang sebagai negeri ‘the most environmentally sound and liveable city in Malaysia’ melalui pendidikan, penguatkuasaan dan penghargaan.

Yang pastinya, Lim Guan Eng telah berbohong kepada rakyat apabila mendakwa kononnya kerajaan Dap negeri ‘komited dalam usaha memelihara alam sekitar melalui initiatif ‘Cleaner, Greener, Healthier and Safer Penang.’

Pembohongan Guan Eng Dap terserlah apabila isu kilang haram di Kampung Sungai Lembu, Penanti didedahkan. Beliau juga gagal sebagai pemimpin apabila mengambil pendirian menyorok di belakang parti BN dengan menuding jari kepada pihak tersebut.

Lebih memalukan apabila pemilik banglo terlajak murah yang berdepan dengan kes rasuah ini sebenarnya tidak mempedulikan kesengsaraan penduduk sekitar kilang haram itu. Ianya terbongkar apabila beberapa surat JKKK Kampung Sungai Lembu didedahkan.

Malah, surat JKKP bertarikh 25hb September 2016 itu turut disertai dengan senarai tanda tangan 179 wakil penduduk di kawasan terlibat yang mendesak kerajaan Dap supaya mengambil tindakan terhadap kilang yang mencemarkan perkampungan mereka.

Bukan itu sahaja, kerajaan Dap begitu jelas melindungi aktiviti kilang haram ini apabila segala pendedahan dan rayuan rakan ADUN PKR mereka dibakulsampahkan begitu sahaja. Dan ADUN PKR ini menjadi target puak RBA dan Dap dengan pelbagai penghinaan dan ugutan sehingga ADUN PKR itu bernekad untuk tidak bertanding lagi pada PRU14 nanti.

Jawapan Lim Guan Eng Dap kepada soalan lisan tentang isu kilang haram ini pada Sidang DUN 19-24hb Mei 2017 juga amat mendukacitakan. Beliau sendiri mengaku bahawa notis mengosongkan bangunan bertarikh 9 Jun 2015 dan notis berhenti perniagaan sebanyak 2 kali (24 Jun 2016 dan 18 Oktober 2016) telah dikeluarkan oleh agensi kerajaan Dap.

Tetapi kilang itu ‘above the law’ dan masih beroperasi tanpa mempedulikan notis-notis agensi kerajaan Dap. Ianya menimbulkan anggapan bahawa kilang haram itu dilindungi oleh individu yang berpengaruh dalam kerajaan Dap negeri.

Persepsinya ialah individu ini pula mungkin mendapat imbuhan atau mempunyai pertalian saudara dengan pemilik kilang kerana sanggup membelakangi rintihan dan kesengsaraan penduduk kampung yang berkemungkinan besar adalah penyokong Pakatan Pembangkang pada PRU12 dan PRU13.

Di antara kronologi yang diperjelaskan oleh ADUN PKR itu:

18 Februari 2015:

Buat lawatan mengejut bersama Pejabat Tanah dan MPSP ke kilang bakar sawdust (habuk kayu) dalam ladang kelapa sawit. Baru dapat aduan yang 40 dari 500 penduduk Sungai Lembu sakit kanser semasa program ziarah CNY dan mereka khuatir mungkin datang dari aktiviti pembakaran di kilang haram. Rupanya kilang ini telah beroperasi selama 10 tahun dan mengeluarkan asap yang hingga saya kena bawa anak saya ke hospital untuk masukkan gas! Pejabat tanah dan MPSP akan check jika ini kilang haram sebab beroperasi dalam tanah pertanian dan pembakaran tanpa ada proses kawalan. Pekerja-pekerja Myanmar tak pakai face mask pun.

6 Mei 2015 (4.00 pm):

Saya dan pegawai-pegawai ADUN Penanti mendapat aduan kecemasan berlaku kes kemalangan teruk di kilang haram yang saya baru habis mesyuarat untuk merayu pihak berkuasa untuk ambil tindakan tegas bawah akta bangunan Akta 133. Sebelum ini, saya telah bawa 5 usul untuk Sidang DUN untuk menguatkuasakan Akta 133 dan lain-lain garis panduan tetapi telah ditolak pada 30 April 2015 tapi saya akan bahas bila Sidang DUN sambung pada 11 Mei 2015 ini insyaallah dengan harapan kemalangan kebakaran yang baru berlaku tidak akan berulang lagi! Seorang drebar lori baru terbakar 93% dan dikhuatiri tidak dapat diselamatkan apabila terjatuh ke dalam pit yang bakar sawdust habuk kayu yang dibakar menjadi activated carbon untuk water heater.

Saya dah post video dan laporan kepada pihak berwajib mohon kuatkuasakan supaya struktur dan garis panduan keselamatan diikut sebelum berlaku lagi kejadian accident macam tadi terhadap drebar lori yang sedang tuang sawdust tapi terjatuh ke dalam tempat pembakaran sebab tak ada safety procedure.

Berjumpa JKKK kampung Sungai Lembu yang tolong selamatkan driver lori dan reporters suratkhabar Cina yang tengok video dan ikut saya ke kilang haram. Tapi kami diberi amaran jangan masuk dalam kilang haram yang telah beroperasi selama 10 tahun di atas tanah pertanian.

JKKK telah serah senarai penduduk yang mengalami sakit kronik kepada Jabatan Kesihatan untuk siasat punca.

MPSP kata kompaun maksima only RM250.

9 Mei 2015:

China Press dan Guang Ming Daily melaporkan kes kemalangan ngeri yang menyebabkan kebakaran 93% kepada drebar lori di kilang haram. Saya rancang nak bahaskan Isnin ini dalam Sidang Dun memohon state planning committee dan pihak berkuasa menguatkuasakan garis panduan keselamatan dan pencemaran untuk kilang-kilang haram dan aktiviti-aktiviti pembukaan tanah yang tak ikut garis panduan. Doa-doa Allah akan sembuhkan saya dan bagi energy untuk naik flight esok dan juga sembuhkan adik saya yang dihantar dari KPJ ke UH just now amin.

Pada tahun ini 2017, saya telah menerima 18 mukasurat petisyen bantahan terhadap kilang haram yang masih beroperasi ini yang ditandatangani hampir 180 penduduk perkampungan. Saya telah bertanyakan status tindakan terhadap kilang ini semasa Soalan Lisan pada Sidang DUN 19-24hb Mei 2017. Kes ini di bawa ke mahkamah tetapi kilang ini hanya di saman RM1,000 saja dan masih beroperasi.

Yang pastinya, kerajaan Dap mesti ditolak jauh-jauh pada PRU14 kelak.

novandri.blogspot.com

  • Infografik