PPBM sebenarnya Penghasut Pengkhianat Bangsa Melayu

TUN Dr Mahathir Mohamad (Tun M) kelihatan hebat dan gah apabila memerintah negara dengan menggunakan kuasa ‘veto’, memakmurkan anak-beranak, suku sakat serta mengamalkan kroni agar semuanya dapat menampungnya pada masa dulu dan mendatang.

Namun apabila Tun M kecewa dengan pemimpin, beliau merajuklah dan keluar parti, seolah-olah macam anak kecil apabila tidak dapat kehendak hati.

Tun M sebagai pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Pakatan Harapan seolah-olah begitu yakin apabila melantik pemimpin baru, bolehlah beliau mengikat hidung menurut perintahnya, akan tetapi pemimpin kini lebih bijak daripadanya.

Pemimpin kini mengikut arus perdana terutamanya di segi prasarana, kebajikan untuk rakyat amnya, ekonomi, plan transformasi dan reformasi serta bermacam-macam lagi semata-mata mahukan kesejahteraan rakyat diutamakan.

Apabila merajuk maka Tun M menubuhkan sebuah parti baru, PPBM itu atau lebih disebut-sebut parti Bunga dan beliau sendiri sebagai pengerusinya.

Kebanyakan anggotanya adalah bekas ahli parti keramat UMNO, dan bermula episod mencari kesalahan yang fatal bagi pemimpin sekarang.

Tun M berasa goyah dan goyang kerana pemimpin-pemimpin UMNO semakin dinamik dan progresif yang diterajui Datuk Seri Najib Razak.

Najib membuat transformasi berani untuk mengubah kehidupan rakyat berbanding pada era Tun M.

Maka timbullah bermacam-macam tohmahan, kejian, fitnah yang dilemparkan oleh Tun M dan macai-macainya.

Episod demi episod dimainkan oleh PPBM agar Najib dan pemimpin-pemimpin UMNO jatuh tersungkur.

Najib tidak melatah apabila Tun M membuat fitnah melampau-lampau.

Di sini dapat dilihat kebijaksanaan Najib dalam memimpin negara ini.

Malahan Najib meneruskan agenda kerajaan demi melestarikan kehidupan rakyat.

Dalam PPBM, bermacam-macam pergolakan sesama ahli, seperti salah seorang pengasasnya, Kamarulazman Habibur Rahman, mengumumkan keluar parti.

Beberapa pemimpin kanan PPBM turut keluar parti termasuk Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Mohd Ezam Mohd Nor .

Bahkan ada ahli-ahlinya dari seluruh negara meletak jawatan dan keluar PPBM kerana tidak mahu bersekongkol dengan parti kafir harbi Dap.

Dap dianggap mereka mahu menghancurkan orang Melayu di negara ini. Dap mengamalkan sifat cauvinis rasis yang sungguh kurang asam.

Malahan ada pemimpin PPBM yang kini dikatakan kemelut dek skandal seks dengan isteri orang, dan PPBM juga berdepan krisis dalaman semakin kritikal.

Inilah bolehlah dikatakan hukum karma apabila Tun M suka mengadu domba, memfitnah pemimpin selama ini, dan ia kini terkena pada batang hidung dan partinya sendiri.

Apa yang diucapkan oleh Tun M selama ini: “Melayu mudah lupa” dan sifat-sifatnya itu makan diri dan terkena pada diri sendiri, walaupun diketahui beliau bukannya keturunan Melayu sepenuhnya.

Setiap apa yang diperkatakan pada umum, Tun M akan berubah-ubah ibarat lidah bercabang.

Beliau juga sering memutar belit fakta dan perkataan apa yang dikatakan.

Sejak akhir-akhir ini, Tun M yang lebih layak dipanggil Raja U-Turn berbaik-baik dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sinonim dengan gelaran Raja Drama (drama politik beliau dari tahun 1998-kini) dan juga Penasihat Diktator Dap, Lim Kit Siang, merancang untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada.

Mereka merancang dan bersekongkol dengan beberapa agensi mahupun NGO luar negara untuk menjatuhkan kerajaan dengan bermacam-macam cara, semata-mata mahu lihat negara ini jatuh tertiarap seperti negara di Timur Tengah.

Anak kesayangan Tun M, Datuk Seri Mukriz, mengaku memang benar bapanya ingin menjatuhkan Najib, dan rancangan itu sudah lama dirancang sejak tahun 2014 lagi, walaupun rakyat tahu mereka sengaja berkomplot dalam kempen jahat bagi menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara sah.

Baru-baru ini negara dikejutkan lagi oleh parti Bunga yang membuat forum Nothing to Hide 2.0, walaupun ramai mengatakan “nothing” apabila mendengar penjelasan Tun M. Ini kerana beliau tidak menjawab apa yang dikemukakan oleh penyoalnya.

Terdapat bermacam-macam adegan seperti membaling kerusi, selipar, kasut dan membakar suar seolah-olah mereka tiada tamadun.

Ini dapat disimpulkan bahawa parti itu belum cukup matang dalam arena politik walaupun pemimpin-pemimpin dalam parti itu kelihatan hebat tetapi mereka tidak sehebat dengan ahli-ahlinya.

Setelah terjadinya adegan-adegan itu, pemimpin PPBM dan Pakatan Harapan sering menyalahkan UMNO yang kononnya membuat provokasi sedangkan yang provokasi adalah ahli PPBM sendiri.

Maka PPBM seafdalnya merenung dengan pemikiran sematang-matangnya supaya tidak terjadi sesuatu yang tidak diingini oleh rakyat negara kita.

Amin Adnan

  • Infografik