Kilang Haram Disokong Dap Punca Kanser, Tapi Lynas Yang Diserangnya

ANTARA kebimbangan wujud kilang haram di Sg Lembu, Penanti yang membawa kepada penahanan seorang Exco Dap di Pulau Pinang kelmarin ialah, kilang itu mampu menyebabkan risiko kesihatan seperti kanser kepada penduduk setempat.

Menurut ADUN Penanti dari PKR yang mula-mula membangkitkan perkara ini, termasuk data yang disokong jabatan kesihatan negeri, 11 dari 500 penduduk Penanti didapati menghidap kanser – mengejutkan kerana jumlah ini walaupun nampak tak banyak tapi sebenarnya 2,342% lebih tinggi dari purata kebangsaan!!

Tapi kenapa selama hari ini, yang kita tahu Dap kempen atas sebab bimbangkan masalah kesihatan kepada rakyat ialah pembinaan kilang Lynas di Kuantan pulak?

Kononnya Lynas yang akan menyebabkan rakyat berdepan risiko kanser, radiasi dan sebagainya sedangkan ada kilang haram di Pulau Pinang membawa risiko kanser yang lebih besar kepada rakyat?

Nampak sangat rakyat dibodohkan Dap.

Disangka Lynas benar-benar membawa risiko kesihatan bila sebenarnya yang berlaku, ia adalah kilang haram di Pulau Pinang sendiri yang menyebabkan kanser – bukan Lynas. Ini bukan bimbangkan kesihatan rakyat tapi nak sabotaj ekonomi negara bagi pihak entah siapa yang membiayai kempen berkenaan.

Dalam kes Lynas, ada maklumat mengatakan ia adalah kempen yang dibiayai pengeluar nadir bumi di China yang terjejas dengan pembinaan Lynas. Mana-mana satu pun, tindakan Dap menentang pembinaan Lynas dulu dan membiarkan kilang haram yang sebenarnya menyebabkan kanser kepada rakyat terus beroperasi di Pulau Pinang, jelas merupakan satu tindakan politik.

Risiko kesihatan dalam kes di Lynas itu hanyalah alasan semata-mata. Entah berapa banyak kilang haram yang membawa risiko sama masih beroperasi di negeri tersebut, hanya mereka saja yang tahu.

Inilah wajah Dap yang sebenarnya dan rakyat menjadi mangsa mereka.

mykmu.net

  • Infografik