Isu Kapal Selam: Teguran Untuk Tun Mahathir

Saya baru sahaja membaca penulisan rakan admin berkenaan kenyataan Tun melalui media Malaysian Insight berkenaan Scorpene. Sekali lagi Scorpene menjadi isu hangat dan menjadi buah bicara hamba politik untuk mendapatkan political mileage memandangkan pilihanraya dah semakin hampir dan kehangatannya semakin terasa – trend memainkan isu Scorpene ini sudah boleh dibaca sejak 2008 lagi jadi saya tak terkejut bilamana ada lagi rakyat bebal dan pemimpin politik yang mengitar semula isu.

Ia tak lain adalah usaha untuk mendapatkan sokongan politik atas 3 nama utama – rasuah, duit rakyat dan pembaziran.

Ya tiga perkara ini menjadi sebutan hamba politik sebilang masa yang jelas adalah kalangan orang yang tidak cakna dan tidak memahami keperluan pertahanan nasional, termasuk Tun sendiri.

Asal nak dekat pilihanraya je, cerita pasal Scorpene akan dijadikan modal ulangan oleh pihak-pihak politik yang saya rasa tak perlulah nak sebut siapa dengan calitan kononnya ada unsur rasuah dan kronisme dalam perolehan 2 unit kapal selam TLDM tersebut.

Cerita ni dah lama wujud, sejak 2008 lagi. Yang jadi pelopor menyebarkan dakyah tentang Scorpene ni adalah tak lain tak bukan media lidah bercabang seperti MalaysiaKini dan MalaysianInsider selain FMT dan lain-lain cabang media alternatif lain.

Pada waktu itu, pemerintah yang ada masih bebal dari segi menjawab tohmahan keatas TLDM dan Angkatan Kapal Selam, dan ini menyebabkan penularan fitnah seperti Altantuya adalah gadis Mongolia si tukang tafsir dan penterjemah yang tak pernah ke Perancis.

Macam biasa setiap 5 tahun sekali cerita ni akan naik, lagi-lagi bila dekat sangat dah pilihanraya dekat Malaysia yang tercinta ni. Mulanya dicanang oleh Tian Chua (yang latar belakang tentang pertahanan pun tak ada) dan disambut oleh Kua Kia Soong, seorang cina yang menulis dua buah buku copy paste laporan media dan canang diri sendiri pakar pertahanan walhal beza antara korvet dengan frigate pun dia menggagau. Lepas tu bola tanggung disambut oleh Rafizi, politikus yang eja warfare pun salah. Ulangan demi ulangan dibuat supaya political mileage tu kekal.

Kami takkan bersuara kalau yang menyuarakan isu itu ada hard facts and figures, tapi yang lebih banyak dicanangkan menjurus kepada fitnah dan persepsi negatif terutama keatas Angkatan Kapal Selam dan TLDM sendiri dengan konotasi yang disebarkan kepada masyarakat oleh kalangan hamba politik.

Jadi penulisan saya kali ini akan membidas kenyataan Tun dan juga membidas siaran ulangan fitnah berkenaan kos perolehan Scorpene oleh Malaysia yang sebenarnya bukan menjurus kepada pembasmian rasuah tetapi lebih kepada modal politik untuk pilihanraya saja.

Tak Boleh Guna Di Laut Cina Selatan

“Saya memang tak nak beli kerana kita tak boleh guna. Kapal selam itu kita tak boleh guna di Selat Melaka. Dan kita tidak ada duit, kosnya tinggi.”

Ini adalah petikan kenyataan yang disebut oleh Tun sendiri sewaktu temuramah oleh Malaysian Insight yang kemudian diulang siar oleh media-media alternatif lain seperti FMT dan Mkini.

Kenyataan Tun agak tidak berasas kerana hanya menumpukan Selat Melaka walhal Malaysia adalah sebuah negara yang bersempadan dengan 4 kawasan perairan utama – Laut Andaman di bahagian utara Semenanjung, Laut China Selatan yang bersempadan dengan Pantai Timur Semenanjung serta Sabah Sarawak dan Laut Sulu di Sabah Timur, selain Selat Melaka.

Ya memang kebanyakan kapal selam asing yang transit Selat Melaka akan berada dipermukaan, bermula dari Selat Singapura hinggalah Permatang Sedepa yang mana kawasan perairan ini memang cetek – tetapi Tun mesti ingat, kawasan perairan Selat Melaka selepas Permatang Sedepa (atau One Fathom Bank) menghala ke utara terus ke Laut Andaman dan seterusnya ke Lautan Hindi mempunyai kedalaman yang signifikan serta sesuai untuk operasi bawah permukaan.

Saya sendiri terlibat bertugas di DSV Mega Bakti mengiringi KD Tunku Abdul Rahman dari Sepanggar ke Lumut dimana sepanjang perjalanan – KD TAR hanya berada dipermukaan apabila kami tiba di Singapura dan meneruskan perlayaran hingga ke Lumut dan sebagai seorang yang kerap menggunakan jaringan laluan pelayaran Selat Melaka dan faham akan keadaan kedalaman kawasan perairan tersebut, hanya kawasan Selat Melaka yang saya sebutkan itu sahaja yang mewujudkan limitasi bagi operasi kapal selam.
Tetapi tidak di utara Permatang Sedepa yang juga merupakan Selat Melaka.

Tidak di Laut China Selatan.

Ya ada kawasan Selat Melaka dari Port Dickson hingga Melaka yang mempunyai kedalaman kurang dari 30 meter tapi Tun kena tahu, Selat Melaka itu sendiri mampu mengendalikan kapal-kapal kargo mega, malah Singapura sendiri melaksanakan rondaan bawah permukaan di perairan mereka dan jauh ke Laut China Selatan. Selat Melaka bukan satu-satunya perairan yang kita ada.

Kedalaman kedua-dua kawasan perairan ini sangat signifikan malahan kedalaman kawasan perairan luar pantai Sarawak dan Sabah boleh mencecah 3000 meter dan ke atas. Tun boleh tanyakan PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL kita. Mereka mencerap dan membuat pemetaan kawasan dasar laut untuk kegunaan perkapalan saudagar dan tentera. Tun boleh tanyakan Murphy, Petronas dan Shell, dimana pelantar minyak laut dalam mereka beroperasi dikawasan dengan kedalaman lebih 1000 meter. Tidak sesuaikah kedalaman tersebut untuk pengoperasian kapal selam?

Kenapa kita tak sesuai sedangkan Republik Rakyat China dan Amerika Syarikat sendiri mengoperasikan kapal selam mereka di perairan Laut China Selatan.

Pengkhususan operasi kapal selam TLDM tertumpu di kawasan Laut China Selatan sebilang masa kerana adanya ancaman konvensional dari angkatan kapal selam asing dan angkatan laut asing yang melakukan aktiviti yang tidak sepatutnya di Zon Ekonomi Eksklusif negara kita.

Tun kena ingat, ZEE negara kita ini dipenuhi dengan pelantar-pelantar minyak dan gas yang merupakan sumber bahan api utama yang mejana ekonomi negara kita dan kita tak boleh letakkan threat perception hanya di Selat Melaka.

Melihatkan kata-kata Tun yang menyebut, kapal selam tidak sesuai kerana perairan kita cetek, dan tak boleh digunakan di Selat Melaka menunjukkan Tun tidak faham atau mungkin not informed adequately berkenaan operasi kapal selam TLDM itu sendiri yang mana pengoperasian angkatan kapal selam tidak terhad di Selat Melaka tetapi merangkumi Laut China Selatan, Laut Andaman dan Laut Sulu.

Barangkali Tun sendiri tersilap, seperti mana Tun sendiri pernah silap menyebut dalam penulisan biografi bertajuk Doktor Umum bahawa tiada pesawat Sukhoi Su-35 apabila diusulkan untuk pesawat tersebut digunakan oleh TUDM tetapi Tun kata pesawat tersebut tak wujud. Ini bukan saya kata, Tun sendiri kata dan tulis dalam biografi Tun sendiri yang laris dipasaran. Saya ada satu salinan juga dirumah. Ya saya baca sebab tu saya nyatakan disini.

Oh juga suka saya ingatkan, sebelum kita buat perolehan untuk mendapatkan Scorpene, Singapura dan Indonesia telah lebih awal menjadi operator kapal selam. Ya benar yang berbahagia Tun, Singapura bermula dengan 4 buah kapal selam second hand jenis Challenger dari Sweden, beroperasi di Laut China Selatan dan kemudian menambah lagi jumlah dengan mendapatkan 2 tambahan kapal selam jenis Archer second hand juga dari Sweden. Indonesia sejak tahun 70an sudah mengoperasikan kapal selam. 2 negara tu ada persempadanan dengan Selat Melaka tetapi tetap berpendirian perlu mengoperasikan dan mengendalikan angkatan kapal selam. Tidak pula kepimpinan mereka menyatakan ia tidak sesuai kerana perairan yang cetek.

Malah sewaktu diawal proses cadangan untuk mendapatkan kapal selam, Menteri Pertahanan Singapura menjelaskan akan peri penting untuk mempunyai dan mempelajari keupayaan dan kepentingan aset peperangan bawah permukaan dalam memperbaiki dan mempertingkatkan keupayaan pertahanan Singapura.

Wahai Tun, di Singapura tu, keliling dia air cetek. Dari Sembawang membawa ke Changi. Cetek belaka. Tetap ada mengoperasikan kapal selam. Bukan suruh tiru mereka tapi apa logikanya dan apa peri penting bila adanya aset pertahanan sebegitu?

Dan saya agak terkejut bilamana Tun kata kita tak ada duit dan kos operasi tinggi.

Bukankah keadaan ekonomi sewaktu pentadbiran Tun sudah baik, dan bukankah keputusan pembelian dibuat sewaktu zaman Tun yang sudah semakin pulih dari krisis kewangan?

Aneh bilamana Tun kata kita tak ada duit sedangkan pada masa sama Tun luluskan perolehan aset persenjataan lain untuk Angkatan Tentera Malaysia.

Tak Tahu: Tiba-Tiba Buat Pesanan

“Tetapi tiba-tiba setelah saya bersara, saya dapat tahu menteri pertahanan (Najib) sudah buat pesanan untuk mendapatkan dua buah Scorpene.

“Keputusan itu mungkin dibuat ketika saya menjadi perdana menteri, tetapi saya tidak dimaklumkan tentangnya,” katanya.

-Rencana untuk mengukuhkan kekuatan TLDM dengan penubuhan angkatan kapal selam bukan cerita dua tahun lepas, tetapi merupakan aspirasi yang sudah lama didokong sejak pentadbiran Tunku Abdul Rahman lagi.

Tun tahu tak siapa yang mempunyai visi untuk TLDM mempunyai angkatan kapal selam sendiri yang kredibel?

Laksamana K Thanabalasingham – laksamana TLDM pertama yang merupakan warganegara Malaysia dan seorang yang mempunyai pandangan jauh akan perkara keselamatan dan pertahanan nasional.

Laksamana K. Thanabalasingham adalah orang yang pertama menyebut tentang keperluan TLDM untuk menjadi kuasa angkatan laut yang mengendalikan aset bawah permukaan untuk tujuan cegah rintang dan keselamatan kawasan perairan negara dari ancaman konvensional dan ini telah disebut oleh beliau sewaktu memegang tampuk pentadbiran TLDM dari 1967 hingga 1976. Beliau menyatakan bahawa TLDM mestilah menjadi angkatan yang memiliki kemampuan sub surface warfare dan ini adalah visi beliau pada era 70an.

Tun, tahun 70an lagi TLDM sudah berkira-kira untuk mempunyai underwater fighting capabilities.

Beliau nampak kepentingan peperangan bawah permukaan sebagai deterrence atau cegah rintang dalam menghadapi ancaman konvensional, dan usaha untuk membangunkan keupayaan ini dibuat dengan menghantar anggota dan pegawai TLDM ke luar negara untuk tujuan kursus peperangan bawah permukaan dan anti kapal selam.

Usaha untuk membolehkan TLDM mendapatkan aset berupa kapal selam bagi tujuan cegah rintang dan mempertahankan kedaulatan perairan negara kita yang kaya dengan hasil sumber petroleum dan gas serta dalam merangka ancaman masa depan yang bakal dihadapi ekoran penetapan oleh negara-negara tetangga berkenaan Zon Ekonomi Eksklusif melalui ketetapan UNCLOS.

Maka sekitar tahun 1995 ada usaha untuk kembalikan idea menubuhkan angkatan kapal selam dan ini diteruskan usulnya oleh PTL pada tahun 1999.

Beliau telah menyebut tentang mewujudkan angkatan kapal selam sejak tahun 70an lagi. TUJUH PULUHAN yang berbahagian Tun, sebelum Tun jadi PM lagi tu.

Rencana ini sering dibincangkan dan dikaji pelbagai aspek oleh TLDM, Dasar dan MINDEF sendiri, jadi agak aneh bilamana Tun kata seolah-olah tak tahu adanya rencana sedemikian. Come on la Tun, you are a prime minister for 22 years. Takkan tak ada seorang pun Panglima TLDM yang bercakap tentang perkara ini secara terus. Oh ya memang ada. Panglima TLDM yang bernama Lak.

Kalau Tun kata tak ada perbincangan mengenainya di parlimen, bagaimana pula dengan Hansard parlimen yang ada menyebut dan membincangkan tentang peri penting dan usaha untuk mewujudkan keupayaan angkatan kapal selam?

Impossible kalau Tun sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri sendiri tak tahu akan adanya perolehan secara direct government to government negotiation antara MALAYSIA DAN PERANCIS. Impossible Tun. Impossible.

Sebab apa impossible, sebab kami masih ingat Tun hadir dalam majlis tanda tangan peretujuan perolehan Scorpene diantara Malaysia dan Peranchis. Ini berlaku pada tahun 2002. Takkan Kementerian Kewangan merangkap Perdana Menteri tak mai kan.

Dan Perimekar itu pulak syarikat LTAT yang asalnya milik Mohkzani yang juga cuba untuk usulkan pembelian kapal selam Jerman jenis Type 212 sebelum diambil alih oleh LTAT.

Tahun 1999, Laksamana TLDM ada beritahu tentang kemampuan TLDM untuk beroperasi jauh dilaut lepas dengan adanya angaktan kapal selam dan Tun sendiri setuju dengan cadangan tersebut yang mana ia disusuli dengan perolehan Scorpene.

Tang mana yang Tun kata tak tau. Nak kami interview Laksamana Tan Sri Dato Sri Abu Bakar Abdul Jamal (bersara) pulak ke. Boleh je.

Perbincangan mengenai perolehan itu sendiri disebut dalam kabinet dan dewan rakyat. Hansard parlimen tidak menipu Tun.

Oh dan saya suka cara Tun sebut dalam video yang dikepilkan oleh Malaysian Insight – yang mana Tun sebut “seingat saya”.

Maknanya Tun sebenarnya ingat-ingat lupa la ya dak.

Sekali lagi Hansard Parlimen tidak menipu.

thepatriots.asia

Dapatkan artikel penuh di pautan: https://www.thepatriots.asia/archives/5366

  • Infografik