Claire Dan Sarawak Report Terima Padah, Penyumbang Kewangan Dari Malaysia Dah Lari Lintang-Pukang!!!

Siapa pun di belakang Sarawak Report dan Claire Rewcastle-Brown sememangnya tidak betah duduk sekarang ini. Pelbagai cubaan untuk mengaitkan UMNO dan Najib Abdul Razak dalam isu PAS saman fitnah Sarawak Report dan Claire Brown dilakukan menggunakan media-media sosial.

Antara persoalan yang seringkali disebutkan ialah, mengapa Abdul Hadi Awang, Presiden Pas saman Claire? Mengapa pada hari sebutan di mahkamah, Hadi Awang dan wakil-wakil Pas, bahkan organisasi media utama Pas, Harakah juga tidak hadir serta membuat liputan?

Sarawak Report dan Claire turut mempersoalkan kehadiran enam orang pegawai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London. Perkara yang sama dilakukan oleh juak-juak Pakatan Harapan di media-media sosial di negara ini bagi menekankan dan mewujudkan persepsi bahawa PAS dan Abdul Hadi Awang disokong oleh UMNO dan Najib Abdul Razak dalam isu saman tersebut.

Baik Abdul Hadi Awang, apatah lagi Najib Abdul Razak, mereka langsung tidak melatah, sebaliknya membenarkan proses undang-undang dijalankan dan dilaksanakan walaupun di negara Claire dan Sarawak Report sendiri.

Sarawak Report adalah defendan dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh Pas dan Dato Seri Presiden Pas. Sarawak Report yang dimiliki oleh Claire sebelum ini telah menfitnah kononnya Abdul Hadi Awang telah menerima dana RM90 juta daripada Najib Abdul Razak menerusi 1MDB. Tohmahan yang sama, telah digunakan oleh Husam Musa dalam usahanya untuk menjadi Menteri Besar Kelantan dan menarik perhatian Lim Anak Beranak dari Dap.

Kalau sebelum ini, Sarawak Report dan Claire begitu yakin Abdul Hadi dan Pas tidak akan mengambil sebarang tindakan dan mereka terselamat. Sarawak Report dan Claire berulang-ulang kali menyatakan, ada bukti dan hujah kukuh tentang wang RM90 juta itu.

Bagaimanapun, ketika perbicaraan saman yang sedang dijalankan pada peringkat pengurusan kes, Sarawak Report dan Claire sudah pun menunjukkan ketakutan menerusi beberapa persoalan remeh dan picisan.

Antaranya ialah pertanyaan Sarawak Report, dari mana Pas memperolehi wang untuk mengupah peguam dan mengapa beberapa orang pegawai kanan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia hadir ketika prosiding kes sedang dijalankan.

Umum mengetahui bahawa Pas sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan untuk menfailkan saman sivil di England. Kos yang akan ditanggung oleh Pas bukannya mudah dan murah.

Pan dan keseluruhan Pakatan Harapan mengejek dan memperlekeh-lekehkan Pas. Kononnya kalau Pas di pihak yang benar, wang ringgit bukanlah alasan apatah lagi Pas seringkali memberitahu mempunyai penyokong dan ahli yang sedia menghulurkan bantuan.

Terbukti, Pas yang sudah banyak berpengalaman memohon bantuan daripada ahli-ahlinya, berjaya mengumpulkan sejumlah wang yang besar untuk pembiayaan kes berkenaan. Jumlah sasaran telah pun diatasi dalam tempoh beberapa hari sahaja. Dan sehingga kini, rayuan derma itu masih lagi diteruskan.

Sebelum ini, Pas ada membuat tuntutan kepada Editor Sarawak Report untuk menjelaskan dari mana mereka dapat maklumat yang menuduh Pas mendapat dana RM90 juta dari 1MDB. Jawapan yang diberikan, tidak lebih daripada sangkaan semata-mata. Maksudnya, tiada sebarang bukti kukuh yang meyakinkan.

Sangkaan awal, bahkan Sarawak Report diyakinkan oleh pendana mereka bahawa Pas tidak akan mengambil tindakan sivil kerana kos. Sangkaan mereka, Pas cuma acah-acah. Apabila Pas benar-benar mengotakan janji mereka, Sarawak Report hanya mampu memberikan alasan-alasan remeh yang langsung tidak ada kena mengena dengan perundangan dan peraturan perjalanan kes.

Mempertikaikan dan mempersoalkan kehadiran pegawai-pegawai kanan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, dengan salah seorang daripada mereka membuat catatan, digunakan oleh Claire dan Sarawak Report untuk menimbulkan persepsi bahawa kakitangan awam yang telah dibayar gaji daripada cukai rakyat, telah disalahguna untuk kepentingan Pas.

Sedangkan Sarawak Report tentu sekali sedar bahawa kes saman sivil yang dihadapinya dengan Perdana Menteri Malaysia yang seringkali mereka kaitkan, sudah tentulah melibatkan kepentingan negara dan umum. Jadi, apabila terlibat dalam kes-kes mahkamah seperti itu, kehadiran pegawai-pegawai kanan pejabat Pesuruhjaya Tinggi atau kedutaan di negara asing, adalah sesuatu yang lumrah dan biasa. Bahkan ia menjadi amalan kepada mana-mana negara di dunia ini pun, seandainya para pemimpin mereka cuba dikaitkan dengan sesuatu perbicaraan sama ada sivil mahupun jenayah.

Paling menarik ialah pada 2 Ogos, Claire menuntut agar Hadi menambah wang deposit dengan alasan sebagai jaminan seandainya kalah, Hadi dan Pas tidak akan lepas tangan. Claire meminta mahkamah menetapkan £800,000 (lebih kurang RM4.5 juta) yang perlu dibayar oleh Hadi dan Pas. Mahkamah bagaimanapun, menolak tuntutan tersebut sebaliknya menuntut Claire membayar £15,000 (lebih kurang RM85,000) sebagai asesmen daripada keseluruhan kos.

Mahkamah kemudiannya memberikan tempoh kepada Claire sehingga 23 Ogos 2017 untuk menyerahkan bukti-bukti yang menyokong dakwaannya bahawa Najib telah merasuah Hadi Awang sebanyak RM90 juta. Sepatutnya, ia bukanlah sesuatu yang susah memandangkan hampir setiap hari, Sarawak Report menampilkan pelbagai ‘bukti dan hujah’ yang kemudian digunakan oleh para pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan, khususnya Dr. Mahathir tentang rasuah berkenaan.

Persoalannya, mengapa dia tidak melakukannya apabila diminta oleh mahkamah sehingga mahkamah perlu memberikan masa kepadanya?

Bahkan ketika Claire menggunakan hujah, kononnya Kerajaan Malaysia adalah sebuah kerajaan yang rasuah dan mahkamah di London tidak sepatutnya membicarakan kes tersebut, sudah jelas menunjukkan bagaimana orang yang mengupahnya selama ini, sudah mula menjauhkan diri dan mengurangkan bantuan kewangan mereka kepada Claire bagi mengelakkan identiti terdedah.

Mahkamah turut menolak hujah semborono Claire itu!

theflyingkick.blogspot.my

  • Infografik