Lebuh Raya Termahal Di Malaysia Setakat Ini Akan Dibina Di Pulau Pinang

Dalam satu kenyataan hari ini, Kerajaan DAP Pulau Pinang mengesahkan bahawa Pan Island Link 1 (PIL-1) sepanjang 19.5km melibatkan kos RM7.5 bilion untuk dibina.

Ini bermakna kosnya adalah RM385 juta setiap km – menjadi lebuh raya paling mahal di Malaysia dan lebih daripada dua kali ganda kos lebuh raya KIDEX yang bertingkat sepenuhnya di Selangor yang dikatakan oleh Pakatan sebagai terlalu mahal.

Bagaimanapun, Kerajaan DAP Pulau Pinang berkata kita tidak sepatutnya membandingkan kos PIL-1 ini dengan projek lebuh raya lain kerana mereka berkata setiap projek adalah unik.

Anehnya, mereka terlupa prinsip ini ketika mereka memfitnah bahawa kos projek ECRL menelan belanja RM96.8 juta setiap km (sebenarnya RM79 juta setiap km) adalah rangkaian rel keretapi paling mahal di dunia dan membandingkannya dengan pelbagai projek yang berbeza.

lim guan eng chow kon yeow Kerajaan DAP Akui Bayar Lebih & Langgar Garis Panduan Pembayaran Yuran Perundingan


Baca Juga: Kos Projek LPT2 Tidak Cukup Pun Untuk Bina 20km Jalan Raya Di Pulau Pinang
Baca Juga: ADUN PKR Tanya Kerajaan DAP: Kenapa LRT Pulau Pinang Lagi Mahal Daripada MRT?

Tetapi sekarang apabila projek lebuh raya mereka bernilai RM385 juta setiap km, maka Kerajaan DAP Pulau Pinang perlu jawab banyak persoalan.

Saya juga tertanya-tanya berapa agaknya kos laporan kajian untuk lebuh raya PIL-1 ini?

Sebelum ini, mereka telah membelanjakan RM220 juta yuran perundingan untuk laporan bagi 20km lebuh raya yang melibatkan kos RM2 bilion untuk dibina – yuran perundingan yang pihak lain kecuali Kerajaan DAP Pulau Pinang berasakan terlalu tinggi dan sangat terlebih mahal.

Berdasarkan peratusan kos yang sama seperti projek jalan raya terowong Pulau Pinang, adakah bayaran yuran perundingan untuk laporan lebuhraya PIL-1 yang berkos RM7.5 bilion menjadi RM825 juta?

Adakah satu kebetulan bahawa projek-projek infrastruktur Pakatan, terutama di Pulau Pinang, lebih mahal berbanding dengan projek-projek lain di seluruh Malaysia.

wakeupmalaya.com

  • Infografik