Naib Ketua Wanita UMNO P.Pinang Angkat Sumpah Senator

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Naib Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang Sopiah Sharif hari ini mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Negara yang baharu bagi tempoh tiga tahun.

Upacara angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Seri S.A. Vigneswaran di Bangunan Parlimen di sini.

Sopiah, 60, berasal dari Sungai Bakau, Pulau Pinang juga merupakan ahli jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang.

Ketika ditemui pemberita selepas itu, Sopiah berjanji akan menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin dengan membawa isu-isu yang menjadi kemelut masyarakat di Pulau Pinang seperti masalah pemilikan rumah terutama bagi golongan muda.

  • Infografik