Bila 1MDB Nafi Kehilangan Wang Miliknya Maka Dakwaan DOJ Hanya Sekadar Konspirasi

Tak pastilah MMI kenapa masih ada lagi mereka-mereka yang percayakan semua tuduhan yang berkaitan dengan 1MDB sebab semua persoalan yang menjurus kepada kepentingan politik ini sudah pun di jawab dan terjawab.

Dan kalau kita rujuk kepada isu membabitkan Sarawak Report yang dilihat begitu galak menyebarkan berita-berita tentang 1MDB tanpa sebarang bukti rasanya insiden membabitkan dakwaan DOJ pun hampir pasti menyamai modus operandi yang sama.

Malahan kalau masih ingat Sarawak Report sudah pun dicabar oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya Clare Rewcastle Brown datang ke Malaysia serta kemukakan bukti terhadap semua dakwaan yang dilaporkan oleh Sarawak Report. Baca artikel berkaitan di SINI.

Sampai sekarang HARAM bayang pun tak nampak ! Mungkin juga kerana tidak punya alasan dan bukti kukuh akhirnya isu membabitkan dakwaan DOJ terpaksa di mainkan segera bagi menutup isu KREDIBILITI yang kini sudah pun menyaksikan Sarawak Report hanyalah sekadar LALAKAN ANJING KURAP !!!!

Nah kini giliran DOJ pula mengambil tempat semacam regu berganti-ganti walaupun secara jelasnya dakwaan tersebut tidak sama sekali menyentuh tentang sebarang perlakuan jenayah membabitkan 1MDB mahupun kerajaan Malaysia.

Sebelum tu bagi yang baru singgah di blog MMI , suka untuk MMI war-warkan bahawa dah banyak penjelasan yang kita buat dan sediakan untuk tatapan rakyat Malaysia cuma ianya memerlukan sedikit masa untuk membaca dan hadamkan.

Rujuk artikel-artikel berkaitan kat bawah ;

https://mahamissa.blogspot.my/2017/06/modus-operandi-di-sebalik-siasatan-doj.html

https://mahamissa.blogspot.my/2017/06/kenapa-perlu-serahkan-urusan-negara.html

https://mahamissa.blogspot.my/2017/06/jom-kita-realisasikan-hasrat-tun.html

So tindakan-tindakan pembangkang yang begitu obses dengan semua tuduhan ini cukup mudah untuk kita tafsirkan.

Pada ketika kem sendiri berantakan maka mereka sememangnya memerlukan STEROID supaya kehadiran itu setidak-tidaknya masih punya alasan untuk terus hidup. Walaupun ramai diluar sana sedar dan faham bahawa parti-parti dalam Pakatan Haprak sebenarnya sedang membina lebuhraya supaya perjalanan mereka menghadapi PRU14 itu diiringi dengan isu-isu politik yang boleh dijadikan sebagai gula-gula diatas pentas politik hari ini dan seterusnya.

MMI yakin dan percaya tanpa isu semacam ini Pakatan Haprak PASTI hilang arah malah kehadirannya hanyalah sekadar pelengkap parti-parti politik yang bakal bertanding malah mungkin sedang berperang sesama sendiri kerana berebutkan kerusi.

Samalah seperti kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat telah menyenaraikan maklumat kononnya penyelewengan wang syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ia bukannya sesuatu yang baru, diulang tayang perkara sama sejak 20 Julai 2016. Hanya kenyataan dan tuduhan sahaja dibuat. Tidak ada saman yang dibuat.

Menyerlahkan ianya hanyalah satu konspirasi untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Berikut adalah 10 hujah kenapa dakwaan DOJ itu hanyalah satu konspirasi.

1 – Apa yang didakwa oleh DOJ hanyalah dakwaan semata-mata. Ia ditulis sebagai kenyataan akhbar dan ucapan sahaja berdasarkan aduan awam. Selagi dakwaan berkenaan masih belum dibuktikan dan sehingga mahkamah membuat penghakiman, ia tidak membuktikan bahawa dakwaan yang dibuat dalam aduan ini adalah benar.

Jika ada bukti bagi setiap dakwaan, sudah tentu pendakwaan langsung terhadap tertuduh akan dijalankan. Aset dirampas mengikut Akta Penggubahan Wang Haram Amerika Syarikat. Sampai sekarang, tiada siapa pun didakwa.

2 – Jabatan Peguam Negara, Malaysia sehingga kini tidak menerima sebarang permintaan daripada DoJ untuk mendapatkan apa-apa maklumat atau bukti dan kenyataan kedua yang difailkan itu “berlaku pada ulang tahun saman pertama. Dalam kata mudah, ia merupakan tindakan ulangan sahaja.

3 – 1MDB telah melalui beberapa siasatan di Malaysia termasuk oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang turut dianggotai oleh pembangkang.

Selepas semakan, pihak berkenaan mendapati tiada jenayah dilakukan. Malah, salah seorang anggota PAC yang merupakan Ahli Parlimen DAP Kepong, Tan Seng Giaw juga menyatakan bahawa tidak ada asas untuk mendakwa atau menuduh Perdana Menteri bersalah dalam isu 1MDB.

4 – Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansur tidak disebut dalam tindakan sivil berkenaan. Malah DoJ langsung tidak menamakan Perdana Menteri sebagai defendan atau didakwa melakukan sebarang salah laku jenayah. Hanya mencipta terma MO1 sahaja untuk cetuskan persepsi semata mata.

5 – Tiada bukti Datin Seri Rosmah pernah menerima berlian berharga US$27 juta. Kononnya butiran berlian itu menarik perhatian ramai namun mana buktinya ia adalah untuk Rosmah? Nama beliau tidak disebut pun dalam tindakan sivil berkenaan.

Ini sama seperti dakwaan Rafizi dahulu, yang akhirnya hanya berkata tuduhan itu hanyalah lawak sahaja.

Disebabkan fitnah itu, Datin Seri Rosmah telah mengarahkan peguamnya untuk memantau media sosial berkaitan “serangan dan tuduhan palsu” terhadap beliau.

6 – Walaupun terdapat rujukan mengenai MO1 tetapi DoJ tidak menamakan siapa MO1. Ini kerana aduan yang dibuat tidak mempunyai maklumat dan bukti untuk mengaitkan MO1 dengan sebarang aset dan kesalahan jenayah seperti yang disebut dalam laporan itu. Mengapa tidak namakan terus Datuk Seri Najib? Ini bukti dakwaan DoJ itu tiada asas dan hanya konspirasi sahaja.

7 – 1MDB berulang kali menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak kehilangan sebarang wang daripada transaksi usahasama bersama Petro Saudi. 1MDB telah mendapatkan kembali wang modal yang dilaburkan berserta keuntungan sebanyak RM1.98 billion. Jadi, jika terdapat kehilangan wang, nyata dan jelas bahawa wang tersebut bukanlah wang 1MDB.

8 – Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menyifatkan tindakan DoJ memfailkan sekali lagi saman sivil itu tanpa meminta kerjasama kerajaan Malaysia adalah terpesong dan menimbulkan keraguan.

Saman sivil terbaharu itu, kata Tunku Aziz tidak boleh dipercayai dan boleh dianggap satu konspirasi.

9- Pendedahan tidak berasas DoJ ke atas pemimpin negara ini hanya mahu menjejaskan kredibiliti pentadbiran negara termasuk membangkitkan semula kes salah laku dalam 1MDB yang telah selesai.

Kalau ada pihak termasuk DoJ cuba membangkitkan semula isu ini, ia tiada kaitan dengan kepimpinan negara.

10 – Genap setahun selepas pendedahan kali pertama oleh DoJ, kini tindakan sivil terbaru dikemukakan. Tindakan ini seperti yang dilakukan setahun lalu tetapi rakyat Malaysia tidak `ghairah’ membicarakannya dan berita mengenainya hanya berlegar di kalangan pembangkang dan media mereka sahaja.

Dan sejak pengumuman pertama tindakan sivil itu tahun lepas, dalam tempoh setahun itu, Mahathir Mohamad telah menyatakan kesediannya untuk mempertimbang memegang semula jawatan Perdana Menteri. Tidakkah anda nampak kaitannya?

Pihak pembangkang terutamanya DAP jawab dan saman dulu Dr Zuhdi yang jelas dan terang dakwa DAP dapat RM1.2 billion dari Israel.

Kenyataan DoJ ini sudah setahun, saksi pun belum dipanggil untuk siasat dan sahkan kebenaran. Dibawa ke mahkamah pun belum. Hanya kenyataan sahaja. Lepas kes RM9.5 juta tidak jalan, datang pula DoJ “recycle story” lama. – Sumber

Sekarang dah zaman teknologi , dunia dah semakin maju tapi sayang masih ada puak-puak ungka diluar sana lebih suka untuk percaya dengan sebaran cerita rekayasa sedangkan dengan kemajuan sebegini seharusnya mereka-mereka itu punya mentaliti berkelas dunia bukan kembali ke zaman batu yang tak ada undang-undang !

Haprak !

mahamissa.blogspot.my

  • Infografik