UMNO Empat Peringkat Perlu Segera Serang Habis-habisan, Patahkan Serangan Fitnah Pembangkang

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Datuk Seri Syed Ali Alhabshee hari ini mengajak seluruh kepimpinan UMNO empat peringkat bangkit dengan segala kekuatan menyerang balas pembangkang yang sengaja memutarkan isu fitnah terhadap pucuk pimpinan parti dan kerajaan.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu menegaskan, sudah sampai masanya kepimpinan empat peringkat meningkatkan peranan mereka terutama di akar umbi untuk menyerang pihak lawan.

“Saya menyeru kepada UMNO empat peringkat, mari kita menggembelingkan tenaga menyerang pembangkang habis-habisan yang semakin bertinbdak liar memainkan isu fitnah terhadap presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak,” tegasnya dalam entri terbaru di umnobahagiancheras.blogspot.my.

Katanya, jika tidak pemimpin UMNO yang bangun menjadi benteng hadapan siapa lagi yang hendak diharapkan menjaga dan mempertahankan survival parti dan maruah pemimpin.

“KIta dibenteng hadapan, kita kena bertanggungjawab mempertahankan kedudukan dan maruah parti dan Perdana Menteri,” ujarnya.

Pembangkang tambah beliau, semakin bertindak liar dengan memainkan isu-isu fitnah walaupun dikitar semula semata-mata untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan sekaligus menghancurkan UMNO.

Beliau menegaskan, pemimpin UMNO empat peringkat sebagai jentera parti yang dekat dengan rakyat sewajarnya bertindak lebih aggresif sepertimana pembangkang menyerang UMNO.

Justeru tegas beliau, pemimpin parti empat peringkat termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO perlu turun ke lapangan untuk bersemuka dengan akar umbi dan menyelami permasalahan atau isu yang berbangkit.

“Kita kena jumpa rakyat dibawah, perjelaskan segala fitnah yang sedang hebat dilakukan pembangkang terutama memburukkan Perdana Menteri dan isteri.

“Kalau pembangkang sedemikian liar, keterlaluan menyerang UMNO, mengapa kita tidak boleh seperti mana mereka, tetapi tidak bermakna kita juga turut sama terjebak dengan permainan fitnah”, katanya.

Syed Ali menjelaskan, peranan kepimpinan UMNO Empat peringkat juga boleh membantu jentera media sosial UMNO untuk menangkis sebarang tohmohan yang dilemparkan terhadap parti dan pucuk pimpinan.

“Media sosiao UMNO atau cyber tropper ada tugas mereka, kita di kepimpinan empat peringkat ada tanggungjawab masing-masing, gabungan tersebut sudah cukup kuat untuk menentang dakyah pembangkang,” tegasnya.

Menurut beliau, walaupuin tarikh sebenar bila Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan diadakan tidak diketahui tetapi berdasarkan petunjuk politik ianya semakin hampir.

Oleh sebab itu katanya, seluruh jentera UMNO perlu bangkit dan memperhebatkan gerakan mematahkan apa juga propaganda dan fitnah yang disebarkan pembangkang terutama menerusi laman-laman sosial.

Beliau juga menyelar pembangkang yang tidak menghormati kesucian bulan Ramadhan dengan menyogokkan bahan-bahan fitnah dan mencerca sesama pemimpin terutama membabitkan pemimpin Islam.

“Sepatunya di bulan Ramadhan yang mulia ini, kita mengambil kesempatan memperbanyakkan ibadat, bukannya menyerang pemimpin dengan fitnah jahat, lagi pun menyebar fitnah itu satu dosa besar, ” katanya.

Dalam perkembangan lain, Syed Ali menyifatkan kenyataan terkini Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliaun bersetuju untuk tidak menjadi Perdana Menetri jika pembangkang memenangi PRU ke-14 sebagai kenyataan amat meragui dan hjanya menagih simpati.

“Boleh percaya ke kenyataan sebegini?, yang saya lihat kenyataan Anwar berkisar kepada usaha mengemis simpati rakyat untuk menguasai Putrajaya,” tegasnya.

Katanya, Pakatan Harapan sememangnya mahu Anwar sebagai Perdana Menteri dan beliau terpaksa mengeluarkan kenyataan tersebut kerana menyedari ada pihak yang berpihak Tun Dr Mahathir Mohamad.

  • Infografik