Jika Benar Tun Mahathir Bayar Yayasan Clinton USD5 Juta Maka Ia Satu Pengkhianatan, Jenayah Berat Negara

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang, Shahar Abdullah menyifatkan jika dakwaan bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad sanggup membayar USD 5 juta kepada Yayasan Clinton semata-mata untuk tujuan dan agenda politiknya; iaitu supaya DoJ membuat pengumuman berkenaan 1MDB adalah benar, ia merupakan satu pengkhianatan dan jenayah berat kepada negara.

“Mungkin jika dibandingkan dengan kekayaan anak-anak beliau yang diperolehi semasa zaman pentadbirannya, USD 5 juta itu adalah jumlah yang kecil, tetapi saya masih sangsi daripada sumber manakah beliau mendapatkan duit tersebut, adakah dengan duit anak-anaknya atau pun duit beliau sendiri hasil yang dikumpul sendiri semasa beliau mentadbir yang dikatakan sangat ‘bersih’ ataupun duit parti baharu beliau.

“Adakah ahli dan penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) rasakan tindakannya memberikan USD 5 juta kepada Yayasan Clinton, satu yayasan luar yang tiada kepentingan adalah tindakan yang adil buat mereka? ,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tegas beliau lagi jika benar semua tindakan Tun Mahathir kini adalah untuk membela nasib rakyat, mengapa tidak menggunakan USD 5 juta ; jumlah yang sangat besar itu untuk membantu rakyat yang miskin dan memerlukan kerana wang sejumlah itu dapat membantu ramai orang.

“Jika perbuatan Tun Mahathir  ini tidak dipersoalkan saya tidak tahu di mana lagi rasional pemikiran penyokong PPBM dan pembangkang dalam menegakkan kebenaran.

“Kini saya dan rakyat Malaysia mula sedar, mengapa hari demi hari semakin banyak akar umbi parti baru itu kecundang dan keluar parti dengan alasan kepincangan pucuk pimpinan, kerana mereka mula sedar perjuangan pengerusinya bukanlah satu perjuangan untuk rakyat, sebaliknya hanya untuk melindungi diri, dendam dan hanya satu lakonan yang semakin menampakkan kebenarannya,” ujarnya yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Paya Besar. MediaUMNO

  • Infografik